'Berjam-jam tunggu customer tak muncul, staff terpaksa bayar RM161.40' - Kakitangan Secret Recipe dianiaya pelanggan

loading...

Malang nasib kakitangan di sebuah restoran cawangan Secret Recipe di Tesco Melaka, yang dianiaya oleh pasangan suami isteri yang tidak membayar hidangan yang telah dipesan. 

Berperwatakan alim, namun tergamak mencipta alasan dan mempergunakan darah dagingnya sendiri untuk 'makan free'. Akibatnya, kakitangan restoran itu terpaksa membayar kerugian tersebut. 

PERKARA yang selalu terjadi pada kakitangan Secret Recipe.

Adik-adik cakap customer ini pakai purdah, husband pula berkopiah. Masa nak buat pembayaran, customer ini kata dia tak ada cash. Lalu dia kata nak pergi ke ATM keluarkan duit 

Adik-adik ini pun kata di sini terima pembayaran menggunakan kad debit. Tetapi customer ini degil dan bagi bermacam-macam alasan untuk pergi ke ATM juga untuk keluarkan duit dan sementara itu dia tinggalkan anak dia. 

Adik-adik ini percayalah. Sekali bila masing-masing sedang buat kerja, budak itu pun hilang. Sampai berjam-jam lamanya customer itu tak muncul semula untuk buat pembayaran. 

Mulia lagi orang yang berambut perang berbanding orang yang menutup aurat ini. Staff Secret Recipe kena bayar sebab Secret Recipe bukan mamak yang customernya lari boleh lupa macam itu saja. 

Kalau kau fikir kau Islam, kau datanglah bayar semula. Aku pun tak perfect. 



Sementara itu di media sosial, beberapa netizen juga berkongsikan pengalaman sama dan tiada pilihan lain di mana mereka juga terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu. 





Sumber: SR Ika
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close