loading...
Suspek dipercayai berbuat demikian kerana mahu membalas dendam terhadap rakan sekerjanya selepas kedua-dua pihak bertengkar.
Suspek membawa serbuk bahan kimia tambahan yang biasa digunakan sebagai bahan pengawet dalam daging proses ke sekolah dan dicampurkan dalam bubur yang dihidangkan pada murid pada pagi Rabu lalu.
Ekoran kejadian itu, kesemua murid muntah dan cirit birit selepas makan hidangan sarapan pagi itu sebelum kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Polis telah menahan suspek yang tidak didedahkan identitinya.
Video rakaman menunjukkan jururawat dan doktor sedang merawat mangsa. Ada segelintir mangsa dilihat terbaring tidak sedarkan diri dan dimasukkan air.
Salah seorang bapa mangsa, Li, berkata dia menerima panggilan dari pengetua tadika yang memaklumkan anak perempuannya berusia empat tahun tidak sihat selepas bersarapan.
"Apabila saya tiba di tadika, anak saya sudah pengsan. Selain anak saya, empat lagi kanak-kanak lain kelihatan tidak sihat dan pening kepala," katanya.
"Anak saya kata bubur itu rasa pahit dan masin dari yang sepatutnya," kata salah seorang ibu bapa mangsa.
Polis mengesahkan suspek bertindak demikian kerana mahu membalas dendam terhadap rakan sekerjanya dengan meracun murid-murid tadika melalui makanan dicampur dengan bahan kimia.
Kebanyakan mangsa sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital. Hanya seorang saja murid yang masih berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan.
Biro pendidikan tempatan telah menggantung operasi tadika itu buat sementara waktu dan murid-muridnya akan hadir ke tadika lain yang berdekatan dengan kejiranan mereka.
0 comments:
Post a Comment