loading...
Seorang lelaki cedera selepas telefon bimbitnya meletup secara tiba-tiba menyebabkan dada dan tangannya melecur.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 petang Jumaat lalu di kediaman mangsa di Taman Desa Wira, Kuching, Sarawak, mangsa sebelum itu sedang mengecas telefon bimbitnya di bilik tidur.
Namun secara tiba-tiba peranti itu meletup.
Keluarga mangsa yang mendengar letupan itu kemudian terus mendapatkan mangsa dan mendapati mangsa cedera.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke Zon Merah, Unit Kecemasan.
Tidak diketahui punca sebenar kejadian, namun orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan alat pengecas tiruan dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
Sumber: Utusan Borneo
0 comments:
Post a Comment