Ronda-ronda guna basikal curi pakaian dalam wanita untuk lepas ketagihan

loading...

Misteri kehilangan seluar dan baju dalam wanita di kawasan perumahan Senadin, Miri, akhirnya terungkai apabila polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun. 

Suspek ditahan penduduk ketika melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu, sebelum diserahkan kepada polis, Rabu lalu. 

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) Miri berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dengan menaiki basikal. 

"Dia mengambil seluar dalam dan baju dalam wanita yang dijemur atau diletakkan di luar rumah oleh pemiliknya," katanya. 

Difahamkan, suspek berbuat demikian kerana ketagihan seks dan melepaskan ketagihannya itu dengan mencium pakaian dalam wanita. 

Suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Namun dibebaskan selepas dinasihatkan untuk tidak mengulangi perbuatannya itu. 

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close