(Video) 'Minta lesen tak mau bagi, saya ni OKU!'

loading...

Sejak Ahad lalu, viral di media sosial video seorang wanita OKU bertelagah dengan anggota penguat kuasa PBT yang dipercayai mahu datang menyita barang niaganya di zon larangan.

Menurut wanita itu, enam kali didatangi anggota penguat kuasa dan dikenakan tindakan. Tetapi ada individu lain yang melakukan perkara sama di kawasan berhampiran tidak dikenakan tindakan. Malah dia mendakwa suami wanita itu adalah kakitangan PBT. 

Namun anggota itu meminta dia tidak membuat tuduhan melulu, sebaliknya buat laporan pada SPRM dan Balai Polis berhampiran. 

Wanita juga berkata, dia sudah cuba memohon lesen dari dua pegawai di PBT tetapi permohonannya tidak diluluskan.


Sementara itu di media sosial, netizen bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap wanita OKU itu, tetapi menjelaskan anggota berkenaan hanya menjalankan tugas mereka.

Sumber: Che Cik
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close