(Video) 'Nak memandu ke nak bunuh orang?'

loading...

Seorang pengguna jalan raya nyaris kemalangan gara-gara tindakan pemandu kereta BMW berwarna kelabu yang memandu secara berbahaya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.36 petang hari ini, video dashcam menunjukkan pemandu BMW dan pengadu yang memandu kereta Mercedes Benz berada di lorong kanan. 

Oleh kerana pemandu Proton Gen 2 yang agak perlahan di lorong tersebut, pengadu cuba memotong dan masuk ke lorong kiri. 

Namun secara tiba-tiba kereta BMW itu masuk ke lorong tengah tanpa memberi sebarang lampu isyarat menyebabkan pengadu hampir terbabas dan melanggar kereta di lorong kiri. 

Tanpa sebarang rasa bersalah, kereta BMW itu memecut meneruskan perjalanan. 

Pengadu bersyukur keretanya dapat dikawal dengan baik meskipun nyaris terbabit dalam kemalangan. 


Video itu kemudian dimuat naik ke Facebook dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang juga menasihatkan dia membuat laporan polis kerana pemandu BMW itu memandu secara melulu dan berbahaya. 

Sumber: Mrz Zi
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close