loading...
Seorang lelaki di Beijing, China menerima padahnya apabila keengganannya untuk membuang air kecil selepas minum alkohol bersama dengan rakan-rakannya sepanjang malam.
Difahamkan, mangsa sebelum itu pergi ke Bandar Changsha di Hunan untuk urusan perniagaan. Namun, Li Hua, 25, bercadang untuk bertemu dan minum bersama beberapa rakannya yang tinggal di bandar itu.
Pertemuan mereka berlangsung sehingga larut malam dan meskipun Li Hua yang mabuk teruk terasa perlu pergi ke tandas tetapi dia tidak berbuat demikian.
Selepas malam itu, Li Hua terasa sakit di bahagian perutnya dan tidak dapat membuang air kecil. Malah, perutnya terasa tegang dan sakit ketika ditekan.
Li Hua terus pergi bertemu dengan doktor dan doktor mengesahkan pundi kencingnya telah pecah.
Doktor segera mengarahkan Li Hua menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sisa air kencingnya itu dan juga membaik pulih pundi kencingnya.
Difahamkan, Li Hua kini sedang dalam proses penyembuhan.
Sumber: China Press, World of Buzz
0 comments:
Post a Comment