Raja Permaisuri Agong deactivated akaun Twitter buat netizen rasa sedih

loading...

Ketiadaan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong (RPA), Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, @cheminahsayang, membuatkan ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat lagi mengikuti perkongsiannya yang selalu menceriakan orang ramai. 

Ada yang berpendapat, RPA menyahaktifkan akaun Twitternya berikutan segelintir netizen yang mengeluarkan komen-komen negatif, jelik atau menghina institusi diraja. 

Tunku Azizah Aminah Maimunah kerap menggunakan media sosial untuk berhubung dengan rakyat mahupun sebelum atau selepas menjadi Raja Permaisuri Agong. 

Dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, membuatkan rakyat suka mengikuti tweet-tweetnya. 

Namun, keadaan itu tidak lagi sama apabila akaun Twitter @cheaminahsayang telahpun dinyahaktifkan baru-baru ini. 


Ada netizen yang merayu agar Tunku Azizah Aminah Maimunah kembali mengaktifkan akaun Twitternya dan menggesa pihak berkuasa (PDRM/SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan komen negatif terhadap RPA. 

Ekoran kekecohan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara itu pada petang ini selepas mendapat maklumat lengkap mengenainya. 

"Beri saya sedikit masa untuk saya semak sebelum saya membuat satu komen atau kenyataan berkenaan perkara ini," katanya. 

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close