loading...
Tiga ekor anak kucing mati akibat dilempar dari tingkat 9, oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Menurut laman D'Cat D' Hati, tiga ekor kucing itu merupakan kucing peliharaan dan ketika kejadian tuannya tiada di rumah kerana bekerja di ibu kota.
Perkara itu disedari oleh penduduk di kawasan kediaman itu yang pada ketika itu sedang mendukung anaknya, terperanjat apabila sangkar kain yang menempatkan tiga ekor kucing itu terjatuh di depannya.
"Sampai di kawasan parking rumah, tiba-tiba terperanjat dengan bunyi kuat benda terjatuh dari atas. Nampak sangkar kucing berisi tiga ekor anak kucing, pecah di atas jalan raya. Bila pandang ke atas, tiada sesiapa di kawasan tangga pangsapuri.
"Dua ekor terkeluar dari lubang sangkar yang pecah, mengeletek dan mati. Seekor lagi mengerang kesakitan dan mati selang beberapa minit kemudian.
"Jiran yang mendukung anak terperanjat sebab sangkar kucing itu betul-betul jatuh lima meter di hadapannya. Anak-anak jiran cari ibu kucing dan letak berhampiran anak kucing. Sayu bila melihat ibu kucing membelek-belek mayat anak-anaknya.
"AJK penduduk kenal dengan pemilik sangkar kucing yang tinggal di tingkat 9. Apabila dimaklumkan kepadanya mengenai kejadian itu, dia yang masih berada di KL dalam perjalanan pulang ke rumah," kata sumber.
Sumber juga tidak menolak kematian haiwan itu angkara perbuatan khianat.
0 comments:
Post a Comment