loading...
Berdasarkan video viral itu, terdapat lapan pegawai trafik yag sedang bertugas di persimpangan jalan yang penuh dengan kenderaan itu.
Pemandu itu kemudian menghulur wang kertas matawang dollar kepada dua pegawai berhampiran agar dia dapat melepasi jalan sesak itu.
Dua pegawai itu memaklumkan kepada rakan setugas yang lain yang selepas itu datang menghampiri pemandu berkenaan dan sekali lagi dia menghulurkan wang itu kepada mereka semua sambil disaksikan pengguna jalan raya lain.
Menurut netizen, kejadian itu dipercayai berlaku di Kemboja dan ramai yang mengecam tindakan lelaki itu yang jelas sekali melakukan kesalahan rasuah.
Tetapi ada juga yang berpendapat perbuatan itu tidak salah kerana dia membayar untuk melepasi kesesakan itu (abahkau!)
Sumber: Gary Lim
0 comments:
Post a Comment