Petugas kesihatan wanita yang merawat banduan positif Covid-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendakwa mereka telah diganggu secara seksual oleh banduan, ketika sedang menjalankan tugas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kesemua banduan yang positif Covid-19 yang dirawat di HSB dan Penjara Alor Setar akan dipindahkan ke Pusat Rawatan Sementara (MTC) Penjara Pokok Sena mulai esok.
MTC Penjara Pokok Sena yang dibuka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat menampung jumlah pesakit berkenaan.
Dengan itu, petugas penjara dapat memantau banduan secara terus berbanding di hospital sebelum ini di mana warden hanya dapat memantau dari hadapan bilik pesakit.
Bagi mengelakkan petugas kesihatan wanita diganggu, pesakit (banduan) selepas ini akan dirawat oleh anggota dan pegawai ATM.
"Jadi mereka akan dipindahkan ke MTC Penjara Pokok Sena esok dan petugas penjara boleh memantau banduan secara terus berbanding di hospital apabila wardar hanya memantau dari hadapan bilik pesakit.
"Selain itu, yang akan merawat banduan selepas ini adalah anggota dan pegawai ATM, jadi harap mereka tidak berani membuat gangguan lagi," katanya.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment