Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi mengakui ada selebriti yang terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia semalam.
Bagaimanapun katanya, hanya segelintir kecil selebriti yang terbabit dalam perbuatan tidak bermoral itu.
Beliau tidak menafikan, dengan keadaan sekarang ditambah dengan masalah wabak Covid-19, ramai yang terdesak sehingga membuatkan mereka terjebak dalam sindiket tersebut.
"Sebabnya sekarang cabaran kita ialah media sosial. Mereka menggunakan media sosial untuk menunjukkan kemewahan yang tidak setara dengan pendapatan mereka. Ia sekali gus menunjukkan yang mereka mungkin terbabit dengan perkara itu.
"Apa yang kita bimbangkan adalah hanya disebabkan segelintir selebriti, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air.
"Seniman sebenarnya boleh bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang terbabit bagi menyediakan garis panduan terhadap perkara ini. Namun jika kita lihat dengan kes yang berlaku sekarang, perkara ini perlu diserahkan kepada PDRM. SPRM dan agensi terbabit untuk urusan lanjut.
"Sekiranya berdasarkan dokumen penyiasatan membuktikan selebriti itu terbabit dan bersalah, ada kemungkinan kami boleh menyenarai hitamkan mereka," katanya.
Utusan Malaysia semalam melaporkan, SPRM memaklumkan wujudnya sindiket pelacuran kelas atasan yang membabitkan golongan artis dan instafamous tempatan yang dibayar dengan harga RM20,000 hingga RM40,000 untuk perkhidmatan satu malam.
SPRM berkata, maklumat itu diperolehi dari salah seorang suspek dalam kes sindiket Macau Scam dan perjudian online yang ditahan pihaknya baru-baru ini di mana suspek menjadi orang tengah bagi mencari artis/instafamous untuk melayani golongan VIP tidak berguna itu.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
0 comments:
Post a Comment