Hasrat seorang isteri yang baru bersalin, menikmati tempoh berpantang dalam keadaan tenang tanpa gangguan ternyata tidak kesampaian apabila si suami dengan rakus melakukan hubungan intim dengannya tanpa rela.
Menurut pengadu yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, si suami sanggup menggunakan taktik kotor iaitu memberinya ubat tidur sebelum insiden yang tidak diingini itu berlaku.
"Hari ini saya berpantang 20 hari. Semalam adalah kejadian paling buruk ketika berpantang, yang berlaku pada saya. Sepanjang saya berpantang, suami selalu letak ubat dekat luka jahitan. Semalam dia ada minta untuk bersama tetapi saya menolak sebab saya masih berpantang, darah nifas belum kering dan luka di bahagian dalam masih belum sembuh.
"Suami bila dengar jawapan seperti itu, mulalah buat muka tetapi saya tak layan sebab risau kalau saya sakit, belum tentu dia peduli.
"Selepas itu, masa nak makan, suami akan sediakan makanan saya. Saya yang beri anak susu badan akan sentiasa haus dan mencari air dulu sebelum makan. Saya minum air milo panas yang suami buatkan untuk saya.
"Beberapa minit selepas itu, kepala saya pening dan terus tidak sedarkan diri. Sebaik saja saya sedar semula, saya dalam bilik tanpa pakaian dan suami berada di sebelah tengah memeluk saya.
"Saya kejutkan suami dan bertanya apa yang sudah berlaku? Dia senyum saja dan menjelaskan yang dia tidak dapat menahan diri. Saya terus menampar muka dia. Rupa-rupanya dia bagi saya ubat tidur dan dia telah meratah saya semasa saya tidak sedarkan diri," tulisnya.
Pengadu mengakui dia bimbang dan kecewa dengan perbuatan suaminya itu, tambahan dia belum habis berpantang. Insiden itu juga menyebabkan dia kecewa dan mengambil keputusan untuk mengurung diri dalam bilik.
Biarpun suami cuba memujuknya berkali-kali, pengadu langsung tidak menghiraukannya. Fikirannya buntu dan bimbang akan keadaan diri yang diperlakukan suami sebagai objek seks.
"Suami cuba pujuk dan minta maaf, saya langsung tak hiraukan. Yang saya hiraukan diri saya dan anak saja buat masa sekarang," tulisnya.
nafsu apa ni lahanet 🖕🤬🖕 pic.twitter.com/diHtm3oQQB
— Yunk Ariff (@kingarep_) February 21, 2022
Di media sosial, netizen menyelar tindakan suami yang hanya mementingkan nafsu sendiri berbanding keadaan isteri yang masih belum pulih sepenuhnya.
"Dah kahwin pun, perempuan masih tak selamat. Apa bendalah jantan macam ni. Aku macam nak tahulah siapa bagi idea bangang suruh beli ubat tidur. Itu isteri kau kot? Get readylah untuk hadap trust issues selepas ini. Moga menyesal sampai mati," kata Qube.
"Nauzubillah. Moga dijauhkan dari suami begini. Semoga si isteri tabah dan dilindungi keluarganya. Ini perkongsian yang bagus, biar masyarakat kita tahu istilah rogol dalam perkahwinan itu wujud," kata Nurul.
"Ada sebab Islam mengharamkan suami isteri bersetubuh sewaktu isteri dalam haid/nifas. Isteri dan suami dua-dua boleh terkena jangkitan. Isteri yang luka belum sembuh, akan menjadi trauma di bahagian alat sulit dan boleh menyebabkan postpartum depression. Bila dah kena, memang seumur hiduplah menanggung," kata Mrs Kee.
Sumber: Twitter King Arep
0 comments:
Post a Comment