(Video) 'Buat malu sekolah je ada pelajar bingai macam ni' - Pelajar sekolah menengah jadikan alat pemadam api sebagai mainan, undang kemarahan netizen

loading...


Alat pemadam api yang disediakan di setiap premis sepatutnya dijaga dengan elok dan tidak disalahgunakan, agar kebakaran dapat dipadamkan dengan lebih awal sebelum api merebak. Tetapi, entah apa yang bermain di fikiran beberapa pelajar sekolah menengah ini yang menjadikan alat pencegah kebakaran itu sebagai mainan. 


Tular di media sosial sejak semalam, video berdurasi 15 saat menunjukkan beberapa pelajar sekolah menengah menyalahgunakan alat pemadam api untuk tujuan hiburan sesama rakan. 


Tanpa memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan itu, salah seorang dari pelajar terbabit menarik pin keselamatan alat berkenaan lalu disembur ke merata tempat sebelum dilepaskan. 


Menganggap perbuatan itu menyeronokkan, datang lagi dua rakannya mengambil alat pemadam api tersebut dan disembur bagaikan tiada hari esok. 



Kejadian itu dipercayai berlaku di kantin sekolah berkenaan yang tidak didedahkan lokasinya, selepas tamat sesi persekolahan. 


Netizen mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab pelajar yang terbabit. Bukan sahaja menyalahgunakan alat pemadam api, malah menyusahkan pekerja pembersihan yang terpaksa membersihkan kotoran tersebut. Selain itu, pelajar terbabit menunjukkan akhlak dan kelakuan yang tidak baik.


Justeru, netizen mendesak pihak sekolah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap para pelajar yang terlibat. Apa jua alasan yang diberikan seperti hanya bergurau adalah tidak boleh diterima kerana perbuatan mereka jelas sekali adalah satu kesalahan yang boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. 

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close