Foto Harian Metro |
Tidak tahan menanggung penderitaan, seorang lelaki berusia 29 tahun terpaksa datang ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk meminta bantuan menanggalkan cincin yang tersangkut di kemaluannya.
Dalam kejadian yang berlaku pada malam tadi bagaimanapun, doktor tidak dapat mengeluarkan cincin tersebut kerana tiada peralatan khusus untuk mengeluarkan objek berkenaan.
Pegawai Perubatan HSB kemudian menghubungi Bomba untuk meminta bantuan. Bertindak di atas maklumat, Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar mengerah sepasukan anggotanya ke lokasi pada jam 12.45 malam.
Sebaik saja tiba, anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan objek itu dari kemaluan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
Operasi itu mengambil masa lebih kurang 15 minit dan dilakukan dengan penuh berhati-hati itu bagi mengelakkan alat sulit mangsa cedera. Kira-kira jam 1.45 pagi, cincin itu berjaya dikeluarkan dari kemaluan mangsa.
Sesetengah lelaki dikesan menggamalkan pemakaian cincin pada kemaluan diri bagi tujuan merangsang nafsu untuk jangka masa yang lama. Namun, kebanyakannya menerima padah apabila mereka menggunakan objek yang salah sehingga memudaratkan diri.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment