(Video) 'Tepon polis datang sini la bodoh! Pecahkan bilik air dia!' - Bengang dituduh skodeng & curi pakaian dalam, dua beranak serang rumah jiran

loading...



Tular di media sosial video menunjukkan dua lelaki melempar pelbagai jenis objek termasuk sampah dan batu ke arah rumah seorang pengadu dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. 


Difahamkan, Masmira sebelum itu membuat laporan polis berhubung berlaku kejadian menghendap dan kehilangan pakaian dalam wanita yang disyaki telah dicuri oleh anak jirannya.


Bagaimanapun, selepas polis membuat siasatan, suspek dilepaskan dengan jaminan polis. Malah, suspek turut dibela oleh bapanya yang tidak percaya dengan dakwaan pengadu.


Akibatnya, rumah pengadu telah dibaling dengan pelbagai objek termasuk sampah sarap dan batu oleh dua beranak terbabit tanpa sedikit pun menghiraukan kesan dari perbuatan mereka. 


"Salam guys, tolong viralkan. Inilah orang kaki mengendap, lepas tu curi seluar dalam orang kampung, area kampung Melayu. Bapak tak habis-habis bela anak, sampai rumah aku dia baling dengan batu. 


"Susahnya dapat jiran macam ni. Mentang-mentang bapak ramai kawan polis, inilah padahnya yang kami dapat. 


"Bila dah dibebaskan atas jaminan polis, macam ini pula jadinya. Yang menanggungnya orang seperti kami," katanya. 





Jelas Masmira lagi, bapanya sudah puas membuat laporan polis. Malangnya, tiada tindakan tegas yang dikenakan terhadap suspek, menyebabkan mereka buntu dan tidak tahu bagaimana mahu menghalang kejadian yang sama berulang kembali. 


"Habis seluar dalam mak saya dicuri. Anak dia suka curi seluar dalam. Pastu dia basuh dan pulangkan balik dalam keadaan berlubang. 


"Bapak dia pula selalu bela anak dia. Bapa saya sebelum ini pernah buat laporan, tapi tiada tindakan. Dah lebih sepuluh kali buat laporan, tetapi jawapan menghampakan," katanya. 


Sementara itu, netizen menggesa mangsa membuat laporan polis terhadap dua beranak terbabit untuk tujuan keselamatan. 


Sumber: Facebook Anak Johor

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close