Isu mengenai Dr Ridhuan Tee disekat kemunculannya di televisyen masih hangat diperkatakan walaupun masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berhubung isu ini.
Anak kepada pendakwah berkenaan, Mohd Qarafi, turut meluahkan rasa kesal dan menuntut penjelasan pihak terbabit mengapa bapanya diperlakukan sedemikian.
"Ayah saya sepatutnya menyampaikan ceramah di Forum Perdana pada 15 Disember in dan topiknya adalah mengenai keagamaan seperti biasa. Tetapi tiba-tiba keluar arahan daripada Menteri Komunikasi Digital yang tak membenarkan ayah saya menyertai Forum Perdana itu. Katanya direhatkan, kenapa perlu direhatkan sebenarnya? Ini adalah Forum Perdana dan kenapa hanya orang tertentu sahaja direhatkan dan kenapa ayah saya?
"Ayah saya telah digam berpuluh-puluh tahun daripada masuk dalam tv, daripada masuk forum perdana, cuma baru-baru ini saja dapat berjinak-jinak sikit masuk sikit, masuk sikit. Tapi kali ini, bila kena panggil untuk Forum Perdana lagi sekali, dia kena banned,” katanya.
Jelas Mohd Qarafi lagi, bapanya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau ucapan mengenai isu politik ketika Forum Perdana Islam berlangsung sebelumnya.
"Apa salah dia? So far daripada carreer ayah saya, saya tidak pernah nampak dia mention berkaitan dengan politik langsung dalam Forum Perdana. Andai kata kalau itulah kerajaan sekarang takutkan, dia takut dengan mulut ayah saya bila bercakap pasal politik, tapi sekarang ni kita cakap pasal Forum Perdana Ehwal Islam,” katanya.
@qarafitee budaya 'gam' menggugat hak kebebasan bersuara #fyp ♬ Inspirational Background Music ( warm, motivation, determined, cinematic ) - four_track
Pegawai Perubatan itu juga berasa sedihnya apabila satu-satunya platform yang digunakan bapanya untuk menyampaikan dakwah disekat.
"Kenapa perlu direhatkan? Tak puas lagi ke tengok ayah saya digam selama berpuluh tahun daripada masuk tv? Sedangkan itu adalah medium untuk dia menyampaikan kebaikan, mendidik masyarakat sebab dia adalah seorang pensyarah jiwa dia untuk mendidik. Kenapa perlu menghalang seseorang daripada mendidik masyarakat, untuk membuka fikiran masyarakat, apatah lagi ini berkaitan dengan agama Islam. Kenapa perlu takut dengan orang yang menyampaikan dakwah? Sedangkan menteri itu adalah orang Islam dari Kementerian Komunikasi. Kenapa perlu block?
"Adakah kebebasan bersuara itu tak apply kepada semua orang, adakah kebebasan bersuara itu hanya mengikut cita rasa penguasa semasa tersebut. Andai kata dia tak suka orang ni, dia tak ada peluang untuk bersuara.
"Saya ingat setelah naik kerajaan baru ini, mungkin kita akan nampak lain sedikit lah. Mungkin idea dibawa itu akan lebih bernas, kebebasan bersuara itu akan lebih dihargai, tetapi lebih kurang kerajaan sebelumnya," katanya.
Mohd Qarafi menafikan dirinya berpendirian menentang kerajaan, sebaliknya dia menyokong mana-mana kerajaan yang dibentuk. Tetapi kerajaan baharu itu perlulah membawa satu perubahan yang lebih baik berbanding kerajaan sebelumnya.
"Saya tak anti kerajaan sekarang ni, tak ada masalah pun. Saya sokong mana-mana kerajaan naik dan saya memberikan kepercayaan kepada mereka membawa perubahan. Tetapi andai kata ini budaya buruk songsang yang teruk yang masih lagi dikekalkan daripada kerajaan dahulu, apa beza korang dengan kerajaan dahulu," katanya di dalam TikTok.
Sumber: Dr Qarafi Tee
0 comments:
Post a Comment