Pesanan Ustaz Ahzar Idrus Sempena Ramadhan 2017 Yang Menjadi VIRAL. Pesanan Ini Sangat WIN !!!

loading...

Pesanan Ustaz Ahzar Idrus Sempena Ramadhan 2017 Yang Menjadi VIRAL. Pesanan Ini Sangat WIN !!!| KUALA TERENGGANU – Pendakwah terkenal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus yang lebih dikenali sebagai UAI berharap semua umat Islam di negara ini dapat menjalani ibadat puasa dengan keadaan lebih baik berbanding sebelum ini. Sebagai umat Islam katanya, kita semua wajar mengambil peluang itu untuk memperkukuhkan semula tali silaturahim dalam kalangan umat Islam.

 

“Mudah-mudahan pada tahun ini kita juga ditarbiah oleh ALLAH SWT dengan tarbiah yang menjayakan iaitu kita menjadi hasil yang dikehendaki ALLAH sebagai umat yang bertakwa. “Berpuasalah dengan keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada saya.

“Begitu juga kepada semua umat Islam, berpuasalah dengan keadaan yang ALLAH suruh supaya kita menjadi orang-orang yang bertakwa,” katanya kepada Sinar Harian. Di samping itu, beliau turut meminta umat Islam mengukuhkan lagi tali persaudaraan kerana Ramadan wajar dijadikan peluang terbaik untuk merapatkan hubungan silaturahim di atas konsep persaudaraan dalam Islam.

“Bermaaf–maaflah sesama sendiri, hendaklah kita hidup berbaik-baik kerana kita adalah umat yang satu, nabi yang satu, Tuhan yang satu, Assalamualaikum,” katanya. Dalam masa sama, beliau turut mengambil peluang mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam walau di mana berada. “Saya ustaz Azhar Idrus, mengambil kesempatan yang diberikan kepada saya…untuk mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak,” katanya.-Sinar via Suara TV

The post Pesanan Ustaz Ahzar Idrus Sempena Ramadhan 2017 Yang Menjadi VIRAL. Pesanan Ini Sangat WIN !!! appeared first on SIAKAP KELL.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close