Kisah 3 Beradik Nekad Mati Bersama Ibu Bapa Yang Uzur Semasa Tragedi Grenfell Tower Jadi VIRAL !!!

loading...

Kisah 3 Beradik Nekad Mati Bersama Ibu Bapa Yang Uzur Semasa Tragedi Grenfell Tower Jadi VIRAL !!!   | Tiga adik-beradik remaja memilih untuk tinggal dan mati dengan ibu bapa mereka yang uzur ketika kebakaran di Menara Grenfell dan bukannya meninggalkan ibu bapa mereka mati di tingkat 17, jadi viral di media.

Ketika asap dan api merebak di bangunan, seorang wanita yang bakal berkahwin Husna Begum, 22, dan saudara lelakinya, Hanif, 26, dan Hamid, 29, dalam percakapan telefon dengan saudara-maranya dan menjelaskan keputusan mereka untuk tinggal bersama kedua orang tua mereka.

Dalam perbualan emosi lebih dua jam selepas api mula merebak, anak-anaknya memberitahu bahawa tidak mungkin mereka akan meninggalkan ibu mereka, Rabeya, yang berusia 60-an dan ayahnya, 82 tahun, Kamru Miah.

Mereka juga memberitahu saudara-mara mereka supaya tidak bersedih kerana mereka akan ‘pergi ke tempat yang lebih baik’.

Mereka mempunyai ‘peluang’ menyelamatkan diri hampir sejam selepas kebakaran bermula sekitar jam 12.50 pagi untuk menuju ke tempat selamat – sehingga kira-kira 1.45 pagi – dan terakhir berhubung di telefon pada jam 3.10 pagi.

Sepupu mereka, Samir Ahmad, 18, memberitahu The Times: “Ayah mereka hampir tidak dapat berjalan.

“Apa yang mereka perlu buat, abaikan dia?”

Ahmad berkata beliau percaya ” 1.45 pagi mereka boleh meninggalkan ibu bapa mereka, tetapi mereka tidak.”

Daripada perbualan terakhir mereka, beliau berkata: “Mak Cik saya sempat bercakap dengan Hanif. Dia sangat tenang.

“Dia berkata waktunya dah tiba, dan tak perlu bersedih, tetapi bergembira untuk mereka kerana mereka akan berada di tempat yang lebih baik.
“Satu penghormatan buat mereka, mereka tidak menunjukkan sifat pengecut, mereka tetap bersama ibu dan bapa mereka.

“Keluarga sangat penting kepada mereka, mereka hidup bersama dan mereka mati bersama.”

Ms Begum akan melangsungkan perkahwinan di Leicester bulan depan dan peristiwa ini menjadi tamparan hebat buat tunangnya.

Seorang saudara lelaki mereka Mohammed Hakim, yang telah berada di rumah pada awal petang tetapi meninggalkan rumah sebelum kebakaran, dipercayai selamat.

Sumber:-Mirror.co.uk

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

The post Kisah 3 Beradik Nekad Mati Bersama Ibu Bapa Yang Uzur Semasa Tragedi Grenfell Tower Jadi VIRAL !!! appeared first on EKSIDENZ.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close