Aku Baru Nak Jamu Selera Kat Restoran Ni. Patutlah Sedap Sgt Kari Ketam Ni. Rupa2nya Ada… !!!| Seorang pelanggan yang ingin menjamu selera di restoran terbabit terkejut dengan penemuan seekor cicak dalam hidangan kari ketamnya. Kejadian yang berlaku di restoran Puchong, Selangor, benar-benar mengundang amarah netizen. Apa yang lebih mengundang rasa tidak puas hati netizen apabila tiada seorang pun dalam kalangan pekerja dan pengurusan restoran mahu bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku.
Kisah itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mohamad Syukri Saringat dan mengundang cemuhan netizen terhadap sikap acuh tidak acuh pekerja restoran itu. “Kami ke sebuah restoran namanya Malini @ Bangsar Putri Puchong. Kami menemui seekor cicak lengkap anggota badan dalam kari ketam kami. Seperti gambar yang disertakan!
“Tiada seorang pun pekerja atau juruwang (yang saya rasakan anak perempuan kepada pemilik restoran) meminta maaf, malah beredar dari meja tempat kami makan. “Kami tertanya-tanya adakah kari ketam yang sentiasa rasanya sedap itu kerana ramuan ‘istimewa’ ini! Tolong kongsikan kepada kenalan anda dan harap ia mendapat perhatian pihak berkuasa!” tulisnya.
Sumber: SuaraTV
The post Aku Baru Nak Jamu Selera Kat Restoran Ni. Patutlah Sedap Sgt Kari Ketam Ni. Rupa2nya Ada… !!! appeared first on SIAKAP KELL.
0 comments:
Post a Comment