Si Isteri Minta Cincin Batu Berlian Besar. Akhirnya Suami Buat Cincin Sendiri Dan Apa Yg Jadi Memang LUCU !!!

loading...

Si Isteri Minta Cincin Batu Berlian Besar. Akhirnya Suami Buat Cincin Sendiri Dan Apa Yg Jadi Memang LUCU !!! | Pasangan suami isteri dari Rutland, Katherine Vernon, 26 tahun dan Ben, 26 sudah berkahwin Julai tahun lepas menghiburkan alam maya dengan aksi suaminya yang lucu.

Katherine sekadar bergurau dengan mula mengungkit mengenai cincin pertunangan mereka pada 2014 yang lalu dan mahukan batu yang lebih besar katanya.

Suaminya yang juga seorang juru kimpal telah menghasilkan sendiri cincin yang mempunyai batu yang sangat besar seperti yang diminta oleh isterinya.

Ben pulang dengan kejutan bersama bunga dan coklat di sisinya sebelum menunjukkan cincin yang dihasilkannya.

“Dia betul-betul membuatkan saya terperanjat apabila dia pulang bersama dengan batu tersebut dan kejutan,” kata Katherine.

Ben pulang dengan mengatakan, “Jadi kamu selalu mahukan cincin yang mempunyai batu yang besar bukan?”

Ditambah dengan riak muka Ben yang bangga dan begitu gembira, Katherine sendiri turut merasa tidak sabar untuk melihat cincin impiannya. Tetapi, ianya betul-betul batu bukannya batu berlian!

“Kemudian dia tanyakan kepada saya sama ada saya sukakan cincin tersebut atau tidak dan saya menjawabnya dengan bersungguh-sungguh bahawa ia sangat cantik dan saya sukakannya. Kami ketawa dan mengambil gambar cincin tersebut,” cerita Katherine.

Tambahnya lagi, “Saya mungkin akan bunuhnya jikalau dia membuat gurauan ini ketika mahu melamar saya beberapa tahun yang lalu,” kata Katherine dalam nada bergurau.

Mereka sudah bersama hampir 6 tahun dan bertunang pada tahun 2014 sebelum berkahwin pada Julai 2016.

Perkahwinan yang diselang-selikan dengan gurauan seperti ini jelas menunjukkan bahawa mereka bahagia.

“Saya mempunyai citarasa yang agak tinggi, jadi inilah dia, batu asli seperti selera saya.”

“Saya mesti tunjukkan kepada semua kerana ianya sangat lucu!”

Sumber : Era Baru

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

The post Si Isteri Minta Cincin Batu Berlian Besar. Akhirnya Suami Buat Cincin Sendiri Dan Apa Yg Jadi Memang LUCU !!! appeared first on HARIAN METRONI.

Share on Google Plus

1 comments:

  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    ReplyDelete

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close