Kisah Kejahatan Jin Islam..Ustaz Ini Dedah Kenapa Jin Islam Lebih ‘KUAT’ Dari Jin Kafir !!!

loading...

Kisah Kejahatan Jin Islam..Ustaz Ini Dedah Kenapa Jin Islam Lebih ‘KUAT’ Dari Jin Kafir !!! | KUALA LUMPUR, 3 Feb — Tanggapan jin Islam tidak akan bersekongkol dalam kerja jahat ilmu hitam tidak benar, sebaliknya makhluk ini paling sukar ditumpas, kata seorang pengamal perubatan Islam.

Tuan Asmawi Tuan Umar berkata pengamal ilmu hitam mengenakan bayaran tinggi kepada pihak yang menggunakan jin Islam kerana makhluk ghaib itu sukar dikesan.

“Tidak semua jin itu jahat dan tidak semua jin Islam itu baik. Pada hari ini banyak orang hantar jin Islam sebab mereka sangat sukar untuk dikesan.

“Kalau jin bukan Islam, saya bacakan al-Fatihah, orang yang dirasuk akan rasa tidak selesa dan mudah beri reaksi tetapi jika jin Islam, berbeza pula [reaksinya].

“Ada benda yang jin Islam takut seperti azan dan nama-nama Allah. Begitu juga ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran.

“Jika tidak betul bacaan, jin boleh kata, ‘kamu baca pun tidak betul, hendak marahkan saya’,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Tuan Asmawi berkata mangsa yang diganggu jin Islam masih boleh menjalankan aktiviti biasa, termasuk beribadat, namun terdapat beberapa perubahan yang berlaku dalam hidupnya.

Katanya, yang berpejabat di Bangi, Selangor, mereka yang diganggu juga cenderung terkena penyakit tertentu angkara gangguan makhluk halus itu.

“Orang yang kena buatan jin Islam kesannya tidak ketara. Mereka masih boleh solat dan mengaji. Dengar ayat Quran pun tidak jadi apa.

“Tingkah laku mangsa juga berubah. Jika dahulu pekerja rajin bertukar kepada seorang yang suka menyendiri.

“Malam tidur bermimpi seperti jatuh dari tempat tinggi atau ada buaya atau anjing hitam kejar yang mahu membunuh.

“Mangsa juga berasa sakit belakang, mata menjadi hitam dan kurang selera makan. Kasih sayang suami isteri juga berkurangan dan banyak lagi tandanya,” katanya.

Bekas pegawai di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ini juga mengingatkan mereka yang mahu mencari rawatan agar tidak merujuk tempat yang salah.

Katanya, terdapat beberapa pengamal perubatan menggunakan kaedah mengelirukan seperti meminta “pengeras”, objek atau bayaran khas, kepada pesakit.

“Tiada dalam perubatan Islam seperti itu. Itu amalan perbomohan yang mengikut arahan khadam [jin upahan]. Kenapa hendak kena tetapkan kepada sen tertentu?

“Islam tidak benarkan. Minta saja dengan Allah,” katanya.

Tuan Asmawi juga menyelar pengamal perubatan alternatif secara Islam yang seolah-olah memasukkan makhluk halus ke dalam botol.

Katanya, perbuatan tersebut sekadar untuk mengkhayalkan dan menambahkan rasa teruja pesakit yang datang berubat.

“[Cara] itu sihir mengkhayalkan. Jin ini benda berjasad tetapi tidak nampak. Macam mana benda itu boleh dikecilkan?” katanya.

“Siapa kita yang lebih hebat daripada Allah? Kita pun tidak tahu apa saiz sebenar jin. Untuk puaskan hati pesakit, mereka masukkan dalam botol.”

“Pesakit saya tiada sejarah saya sumbat [jin] dalam botol. Alhamdulillah semua sembuh. Apabila berdoa, kita nampak ke doa itu diterima atau tidak?

“Jika kita buat isyarat tarik [makhluk halus] dengan niat memohon pada Allah untuk dikeluarkan, ia keluar. Jin pun makhluk,” katanya.

Kredit : BlogFadah

P.S. 1 – [Video] Buat 5 Ujian Ini Dan Korang Tergolong Dalam Orang “Rare” Di Dunia !!!
P.S. 2 – Selepas 25 Tahun Bandar Ini Di Tenggelami Banjir..Apa Ditemui Bila Kering Sangat MENGEJUTKAN !!!
P.S. 3 – Inilah Sebab Kenapa Ubat Tablet Ada Pelbagai Jenis Bentuk Serta Warna Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 4 – Tahukah Anda,7 Kegunaan Menarik Soda Bikarbonat Di Rumah Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – Gara-Gara Minum Air Rebusan Jagung..Doktor Terkejut Lihat Apa Jadi !!!

The post Kisah Kejahatan Jin Islam..Ustaz Ini Dedah Kenapa Jin Islam Lebih ‘KUAT’ Dari Jin Kafir !!! appeared first on BISKUTMANIS.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close