'Gara-gara kedekut signal, motor abah dirempuh dan cacat kekal pada 2 jarinya'

loading...

Hampir setiap hari kita disajikan dengan kes-kes kemalangan yang melibatkan kecederaan yang serius dan lebih menyayat hati apabila kemalangan tersebut diakhiri dengan kematian. Tidak sesiapa yang dapat meneka akan berlakunya insiden ini. Sekiranya kita adalah seorang pemandu yang berhemah, sudah pasti risiko ini dapat dielak. 

Bagaimana pula sekiranya kita sudah mematuhi peraturan jalan, tetapi kita menjadi mangsa kepada kecuaian orang lain? Situasi ini lah yang dialami oleh Ayah kepada Nadhirah. Nadhirah berkongsikan di Twitter mengenai kemalangan yang menimpa Ayahnya. 

Ayah Nadhirah telah dirempuh semasa perjalanan ke tempat kerja pada waktu pagi. Nadhirah berasa sedih dengan sikap pengguna jalan raya yang tidak menggunakan signal semasa menukar laluan. Akibat kemalangan tersebut, Ayahnya mengalami kecacatan kekal pada dua jari kiri.

Nadhirah yang merupakan anak perempuan sulung di dalam keluarga berasa amat sedih dengan kejadian yang menimpa ayahnya. Harapannya agar Ayahnya segera sembuh dan boleh bermain dengan cucu. Tambah beliau di dalam status Twitter, dia memuatnaik status tersebut bukan kerana untuk memohon sumbangan, tetapi memberikan peringatan kepada semua tentang kepentingan signal. 

“GARA-GARA kedekut signal, motor Abah dirempuh. Please. Please. Please. Signal and tunggu tiga saat kot kot ada motor ke kereta ke. Then baru tukar lane. Ni signal pun tak. Hmmm. Alhamdulillah sekarang Abah dah boleh balik. Tapi kecacatan kekal pada dua jari kiri and Abah left handed.

“Abah tak pernah masuk hospital. It was so sad seeing him like this. Abah seorang yang sangat sporting, tak pernah marah. Semua kawan yang kenal Abah semua tahu how funny he is.

“Hope abah cepat sembuh and boleh main dengan Haiyan (first cucu) lepas ni.  Allah tahu abah kuat.







“Sebelum tu nak bagitahu, saya up kat sini bukan untuk mohon sumbangan, tapi kalau nak kirim doa, alhamdulillah. Niat sy cuma nak semua orang beringat sahaja. Bukan kita sorang saja atas jalan raya. Ada banyak nyawa lain," katanya.

Sumber: AtinApis
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close