Racun anjing peliharaan orang, kemudian dijadikan satay untuk dijual

loading...

Seorang lelaki di utara Bali telah ditahan kerana meracun anjing peliharaan yang dimiliki orang dan kemudian dijual sebagai satay daging, lapor Coconut

Komang, 41, ditahan pada Ahad selepas Kadek Sugiarta, 29, jiran kepada pemilik haiwan itu menyedari Komang sedang memberi makanan kepada anjing di kawasan kejiranan itu. 

Apabila Kadek ternampak anjing jirannya itu sakit selepas makan makanan tersebut, Komang terus menyeret anjing itu dan meletakkannya dalam bungkusan. 

Kadek yang melihat kejadian itu terus memaklumkan kepada pemilik anjing berkenaan, Putu Adipta dan kedua-dua mereka mengejar Komang dan berjaya menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Singaraja, Wiranata Kusuma berkata, Komang mengaku meracun anjing itu dengan makanan beracun dan kemudian mahu dijadikan sebagai makanan untuk dijual. 

"Taktiknya meracun anjing dan mengambil bangkai haiwan itu selepas Kesan dari racun itu membuatkan anjing-anjing tersebut tidak berdaya dan maut serta merta sebelum dibungkus dan dijual," katanya. 

Julai 2017, Gabenor Bali telah mengharamkan penjualan daging anjing. Bagaimanapun masih ada laporan bahawa aktiviti penjualan daging anjing masih berterusan. 

Tidak diketahui sama ada Komang akan dituduh di atas perbuatan membunuh haiwan perliharaan itu.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close