Mak Ayah Pekak Dan Bisu. Impian Hidup Budak Tahfiz Ni Buat Ramai SEBAK

loading...

Mak Ayah Pekak Dan Bisu. Impian Hidup Budak Tahfiz Ni Buat Ramai SEBAK | Saya Luv Islam – Seperti diceritakan oleh FB Dr Taufik Razif. Mak ayah adik ni pekak dan bisu dan hidup susah. Dia sendiri tak mampu nak bayar yuran tahfiz RM20 sebulan. Tapi bila ditanya impian hidupnya, ramai sebak tergamam. Allahu. Ikuti kisahnya. Sebak.

BARU MASUK TAPI HAFAZ JUZ KE 30 DENGAN CEPAT

Sebak saya nak cerita pasal budak ni sebenarnya. Percaya tak kalau saya bagitahu mak ayah adik Mustaqim Rosli ni pekak dan bisu?

Lebih dasyat lagi anak kepada mak ayah yang bisu ni obses sangat hafal Al Quran dan sekarang dah berjaya hafal Juz 30 dalam masa yang sangat singkat!

HATI KENTAL UNTUK JADI TAHFIZ DAN BELAJAR AL QURAN

Ayahnya cuma peniaga kecil yang berniaga kopiah di market Changlun. Keluarga adik Mustaqim ni memang sangat sangat miskin ! Tapi yang membuatkan saya sebak sangat sangat adalah adik Mustaqim ni tak pernah miss pun pergi kelas mengaji walaupun ayahnya sendiri tak mampu nak bayar yuran kelas mengaji.

Adik Mustaqim ni tak kira. Rasanya dia memang dah nekad nak hafal Al Quran untuk bagi syafaat pada mak ayahnya yang OKU tu.

HADIAH DARI USTAZ YANG SANGAT BERNILAI

Masa cikgu tanya apa je yang adik Mustaqim nak kalau dah berjaya hafal juz 30 dalam Al Quran. Tahu tak apa jawapan adik ni?

“Saya taknak apa-apa pun. Saya cuma nak glove bola je”

Tahu tak berapa harga glove bola yang adik Mustaqim ni duk impikan tu? Rm11.50 je tapi dia tak mampu pun nak beli ! Bila adik Mustaqim ni dah lulus hafalan juz 30 dia terus dibawa ke pasaraya CMART untuk beli glove bola dia.

Punya la dia tersenyum macam benda tu benda paling mahal kat atas dunia. Memang adik Mustaqim tak berduit dan tak mampu nak beli walaupun cuma berharga Rm11.50!

Sebak!

SEKOLAH TAHFIZ SERBA KEKURANGAN. PERLU DANA.

Sekarang ni adik Mustaqim ni belajar di Pusat Tahfiz Saiyidina Abu Bakar di Kampung Lembah Palas, Changlun Kedah. Masalahnya sekarang ni pusat tahfiz tu dah buruk sangat.

Dah 2 tahun kempen kutipan derma dibuat untuk bina bangunan baru untuk pra tahfiz untuk adik-adik yang berumur 5-12 tahun tapi cuma rm60 ribu je yang mampu dikutip.

SELAMATKAN BUDAK-BUDAK KAMPUNG

Masih kurang rm200 ribu lagi. Mudir kepada adik Mustaqim tu sebenarnya nak selamatkan budak-budak kampung tu yang 90% dah terjebak dengan ketum dan 50% pulak dah terlibat dengan dadah.

Tu yang saya terdetik hati nak lancarkan kempen kutipan dana kilat untuk pusat tahfiz adik Mustaqim ni.

Dengan harapan, ramai lagi budak-budak miskin di kampung tu dapat juga belajar ilmu Al Quran dan menghafalnya. Jom kita pakat bantu adik Mustaqim dan mudirnya untuk bina bangunan baru untuk selamatkan budak-budak kampung di sana. Semoga Allah buka hati kita untuk buat amal kebaikan.

SAHAM AKHIRAT

Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah atok nenek dan keluarga yg telah meninggal dunia . 1 lot wakaf bernilai rm10 . Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Boleh buat sumbangan melalui:

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Nama : PUSAT TAHFIZ SAIYIDINA ABU BAKAR
No. Akaun : 02 0390 10080 690

Email : tahfizsaiyidina.abubakar@gmail.com
Pengerusi : Cikgu Munawar 019 497 0253

Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda ” Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .” ( HR Baihaqi )

P/S : Tolong sebarkan benda ni pada yang lain juga ye. Saya percaya mereka yang sebarkan ataupun share kutipan ni pun insyaAllah dikira menyumbang juga di sisi Allah. Aminn.

Sumber: FB Dr Taufik Razif

The post Mak Ayah Pekak Dan Bisu. Impian Hidup Budak Tahfiz Ni Buat Ramai SEBAK appeared first on SAYALUVISLAM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close