Potong RM10 dari gaji kakitangan awam untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan - Cuepacs

loading...

Potong RM10 gaji setiap penjawat awam untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia, itu cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). 

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dipanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Jika dipersetujui, pemotongan RM10 dari gaji kakitangan awam akan dibuat pada bulan Ogos ini. 

"Setelah mesyuarat buat kali pertama pada tahun ini, Cuepacs telah memutuskan supaya penjawat-penjawat awam menyumbang secara sukarela kepada Tabung Harapan Malaysia.

"Secara majoritinya Kongress telah bersetuju untuk memanjangkan cadangan ini kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan serta agensi kerajaan," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Jumlah terkini wang yang disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia adalah RM132,075,418.12 dari orang perseorangan dan syarikat. Tabung Harapan Malaysia diwujudkan oleh pihak kerajaan berikutan ada rakyat Malaysia yang prihatin mahu membantu membayar hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion ekoran kesilapan urus tadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. 

Dalam pada itu, Azih berharap penjawat awam dapat menyumbang secara ikhlas dan menganggap pemotongan itu sebagai kerja kebajikan untuk negara. Cuepacs juga menyasarkan kutipan hasil dari pemotongan RM10 dari gaji kakitangan awam itu mencapai RM10 juta. 

"Kami tidak mengenakan apa-apa paksaan kepada mereka dan kami berharap mereka menganggap ini adalah sebagai kerja kebajikan untuk negara.

"Harapan dan sasaran kami adalah sebanyak RM10 juta dan hasil kutipan tersebut akan kami umumkan," kata Azih. 

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close