loading...
Tahun lepas sudah ditegur, namun tahun ini masih ada juga ibu bapa yang mengulangi kesilapan yang tidak seharusnya apabila menemani anak di minggu pertama persekolahan.
Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya memahami keperluan anak sendiri ataupun anak orang lain agar mereka selesa menggunakan hak mereka di hari pertama.
KENAPA perkara sebegini masih terjadi? Tahun lepas tak tengok Facebook ke? Beribu-ribu orang kecam perangai ibu bapa duduk di kerusi kantin ini. Tetapi hari ini, perkara yang sama masih terjadi.
Kalau pun tak tengok Facebook, tak ada rasa bersalah ke bila ambil tempat yang dikhaskan untuk murid? Tak tengok keliling ke sampai ada murid yang kena duduk atas lantai?
Yang terpaksa kotor seluar, yang terpaksa tak selesa makan tu anak orang. Macam mana kalau terjadi pada anak sendiri? Mesti marah juga, betul tak?
Sekolah dah sediakan tempat duduk yang mencukupi. Kenapa pada masa lain cukup je tempat duduknya? Kenapa pada minggu pertama atau hari pertama jadi tak cukup? Sudah tentulah ibu bapa yang duduk dan menafikan hak murid untuk makan dengan selesa.
Kita di era maklumat di hujung jari. Tapi maklumat itu tak masuk dalam kepala. Masih tebal dialaskan dengan sikap pentingkan diri ibu bapa itu sendiri.
Sepatutnya kita dah boleh amalkan sikap peduli pasal orang lain. Bila nak buat sesuatu, lihat keadaan sekeliling. Jika ada orang lain buat, itu bukan tiket untuk anda buat juga. Jadilah orang yang bertanggungjawab. 2019 dah ni, bilalah nak berubah?
Apa perasaan korang tengok gambar itu? Masih terjadi tak di sekolah anak korang?
Sumber: BroOhsem (Akhtar Syamir)
0 comments:
Post a Comment