Bayi nyaris maut, bapa terbancuh susu dengan serbuk racun lipas

loading...

Bayi perempuan berusia satu tahun mengalami masalah buah pinggang dan hati selepas bapanya secara tidak sengaja terbancuh susu bersama serbuk racun lipas, lapor South China Morning Post

Mangsa, Doudou, dikejarkan ke hospital di Wuhan, Hubei, China selepas meminum susu yang dicampur bersama serbuk racun lipas di mana bapanya menyangka serbuk racun itu adalah tepung kalsium. 

Mangsa bagaimanapun dibenarkan keluarpada Selasa lalu selepas dua hari menerima rawatan di hospital berkenaan. 

Bapa mangsa, Zhao, 28, mengakui kesilapannya dan ketika kejadian itu berlaku dia baru bangun dari tidur serta masih dalam keadaan mamai apabila isteri meminta dia menyediakan susu.

Zhao berkata, serbuk racun itu diletak berhampiran dengan tepung susu anaknya dan rumah mereka pada waktu itu pula sedang diubahsuai pada bahagian dalaman. 

Jelasnya, muka anak perempuannya menjadi kebiruan dan muntah beberapa kali selepas minum susu tersebut. Malah, mangsa tidak berhenti menangis selain keadaannya mula menjadi lesu. 

Zhao hanya menyedari kesilapannya itu selepas memeriksa bungkusan racun yang dibuangnya ke dalam tong sampah, lalu segera membawa anaknya ke hospital berhampiran. 

Doktor berkata, susu beracun itu menjejaskan buah pinggang dan hati mangsa tetapi mangsa tidak berada dalam keadaan kritikal. 

"Kalau mangsa tidak segera dibawa ke hospital, kanak-kanak itu mungkin akan kehilangan nyawa," katanya. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close