Kerajaan PH optimis bina 100,000 rumah mampu milik, kos rendah tahun ini

loading...

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengenai pasti lokasi 100,000 buah rumah mampu milik dan kos rendah unuk dibangunkan pada tahun ini, lapor Astro Awani

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pembinaan akan diadakan di beberapa buah negeri antaranya Pahang dan Pulau Pinang, turut meliputi pembangunan di kawasan luar bandar, pembangunan di kawasan berkelompok, kawasan yang mempunyai infrastruktur dan pengangkutan yang kukuh. 

Terdahulu, parti Gerakan mendakwa pengumumam kerajaan mahu membina sejuta unit rumah mampu milik dan kos rendah dalam tempoh 10 tahun sebagai janji populis dan pembohongan PH untuk kekal di Putrajaya. 

Namun bagi Zuraida, mereka (Barisan Nasional) yang pernah menjadi kerajaan selama 60 tahun dan dalam tempoh itu mereka tidak dapat melakukannya, tidak bermakna PH juga tidak boleh melakukannya. 

"Hanya kerana mereka gagal untuk berbuat demikian, tidak bermakna kami pun gagal sama," katanya.

Definisi 'OPTIMIS': selalu mempunyai harapan yg baik dlm menghadapi sesuatu hal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close