loading...
Baru tiga hari mendirikan rumah tangga, namun wanita berusia 24 tahun ini menerima hakikat bahawa suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
Fikri Ghazali, 33, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu, di mana motosikal ditunggangnya dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Shah Alam, Selangor.
Fikri dan Nor Shahirah Mohd Fuad, 24, baru saja mendirikan rumah tangga pada 7 Februari lalu. Kini, Nor Shahirah yang jarinya masih merah berinai hanya mampu menatap gambar perkahwinan mereka untuk melepaskan kerinduan terhadap arwah suami.
Menurut Nor Shahirah, dia bersama suaminya sudah merancang mengadakan majlis resepsi pada April ini di rumahnya di Sungai Besi, serta meraikan bulan madu dan dalam masa mengadakan hari keluarga di Kolam Air Panas Akar, Terengganu selepas Aidilfitri ini.
"Namun kini semua hanya tinggal rancangan sahaja," katanya sebak.
Nor Shahirah mengakui dia menangis tanpa henti kerana terlalu sedih tetapi terpaksa tabah dan reda dengan ketentuan Illahi kerana tidak mahu 'menyeksa' arwah suaminya di alam sana.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment