'Mayat ditemui dalam keadaan tidak berpakaian' - Polis

loading...

Polis yakin, mayat yang ditemui di kawasan Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, pada jam 1.57 petang Selasa adalah mauyat Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu. 

Timbalan Ketua polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, mayat itu ditemui di kawasan lurah oleh sekumpulan pendaki yang turut serta dalam operasi SAR, kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat mangsa menginap. 

Mayat itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran sungai.

"Sekumpulan pendaki melaporkan penemuan itu kepada polis, seterusnya unit forensik bergegas ke lokasi bersama pasukan patologi dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). 

"Mayat itu dibawa ke HTJ menggunakan helikopter. Pihak keluarga sudah dimaklumkan dan dibawa ke HTJ untuk proses pengecaman," katanya. 

Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan yakin bahawa mayat yang ditemui itu adalah mayat Nora Anne.

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close