Semalam heboh di media sosial, pasangan Shuib dan Siti Sarah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan, menimbulkan banyak tanda tanya netizen.
Beberapa jam kemudian, Siti Sarah memuat naik kenyataan ringkasnya di Instagram bahawa kehadiran mereka di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya adalah untuk memberi kerjasama.
"Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Indigital Music dalam kenyataannya memaklumkan, artis mereka iaitu Siti Sarah hanya menemani suaminya sahaja.
"Untuk makluman, hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil SPRM, manakala Sarah hanya menemani suaminya saja," kata kenyataan itu.
Pihak Indigital Music bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan SPRM.
Semalam, media melaporkan pasangan itu dipanggil SPRM untuk siasatan kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram. Beberapa individu lain termasuk seorang selebriti turut dipanggil untuk membantu siasatan.
Di Instagram pasangan itu, ramai rakan-rakan artis dan juga peminat menghujani ruangan komen dengan kata-kata semangat dan sokongan.
Sumber: Harian Metro, Instagram Siti Sarah
LAPORAN BERKAITAN
0 comments:
Post a Comment