Tindakan seorang pemandu membuat Pusingan U sehingga menyebabkan kemalangan mengundang kemarahan netizen.
Apatah lagi pemandu yang tidak bertanggungjawab itu bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian.
Kejadian langgar lari itu dilaporkan berlaku di Jalan Suadamai 4/1, Cheras pada petang semalam berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal berhampiran.
Berdasarkan video CCTV berdurasi 36 saat itu, kereta Perodua Myvi itu berhenti di tepi jalan untuk membuat pusingan u dan keadaan jalan pada ketika itu basah ekoran cuaca hujan.
Tindakan pemandu Myvi mengundang kecelakaan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal yang terkejut dengan tindakannya dan tidak sempat mengelak lalu terjatuh dan merempuh bahagian kanan kenderaan itu.
Kejadian itu turut menyebabkan pembonceng motosikal itu terhentak kuat pada pintu Myvi.
Pengawal keselamatan yang ternampak kejadian itu terus datang menghulurkan bantuan, manakala pemandu Myvi terbabit terus melarikan diri biarpun penumpangnya di bahagian depan cuba keluar.
Sementara itu, bapa mangsa, Lee Aziz, memaklumkan anaknya mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di Hospital Kajang. Akibat dari kecederaan itu, limpa anaknya terpaksa dibuang.
"Anak saya kena langgar lari petang semalam dengan Myvi. Dah langgar, boleh tinggal macam tu je anak orang tepi jalan.
"Sampai hati perut. Anak saya sampai buang limpa. Tolong saya cari plat Myvi itu," katanya.
Lee juga meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pemandu Myvi terbabit agar tampil bertanggungjawab di atas kemalangan itu.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, Lee Aziz
0 comments:
Post a Comment