'Nak bungkus, dok tepi sikit, akak bagi siapa yang makan dalam kedai dulu!' - Bekas pelanggan restoran viral

loading...

Foto Bangsar Babe


Nama Restoran 35 sudah menjadi buah mulut ramai pihak. Namun begitu, semenjak kembali tular, restoran ini dikatakan semakin dikunjungi ramai pelanggan.


Layanan kurang mesra peniaga di premis itu rupa-rupanya bukan baru sahaja diperbualkan. Malahan, status seorang lelaki pada tahun 2015 yang menceritakan layanan peniaga restoran tersebut didedahkan kembali oleh netizen.


Menurut Ali Arami, sejak dari kecil lagi dia gemar makan di Restoran 35 yang ketika itu bertempat di Dataran Pahlawan.


“Saya dari kecil dulu makan kat restoran nie. Dulu di Padang Pahlawan, sekarang di sebelah Mahkota Parade. Orang memang ramai, makanan memang sedap, tapi sayang penjual perangai buruk. 


Penjual lelaki: "Bang nak makan apa?" 


Saya : "Saya nak bungkus lauk."


Penjual lelaki: "Sini tak jual lauk bang, kena beli ngan nasi sekali. Jap ye bang."


Saya boleh terima lagi, dalam hati "Beli je la nasi sekali…” Kemudian, datang kakak ni.


Kakak penjual: "Dik nak makan apa?"


Saya: "Saya nak bungkus kak."


Kakak penjual (dengan nada lantang dan menyakitkan hati): "Nak bungkus dok tepi sikit, akak bagi siapa yang makan dalam kedai dulu!" 


"Tergamam sekejap. Tunggu lagi lima minit, langsung tak layan, saya tercongoklah depan lauk tu menengok diorang ni ke hulu ke hilir macam tak nampak saya.


"Ok, angkat kaki dan terus bla. Kesian diorang nie, Allah beri rezeki korang buat camni? In shaa Allah Tuhan akan balas. Amin,” tulis lelaki ini di Facebook.




Sumber: Ali Arami
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close