'Saya tak pernah melihat kemaluannya' - Isteri terkedu, 'suami' rupa-rupanya wanita berperwatakan lelaki

loading...



Seorang wanita di Kota Jambi, Indonesia langsung tidak menyangka, suami yang dikahwininya selama 10 bulan ini rupa-rupanya adalah seorang wanita yang berperwatakan lelaki. 


Sepanjang tempoh perkahwinan itu, dia tidak pernah mengesyaki 'suaminya' itu adalah seorang wanita sehinggalah perkara itu terbongkar selepas dia dan ibunya curiga dengan 'lelaki' itu. 


Difahamkan, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mawar, berkenalan dengan Ahnaf Arrafif melalui aplikasi Tantan. Ahnaf atau nama sebenarnya Erayani, pada awalnya mengaku dirinya adalah seorang doktor dan memilik banyak kelayakan akademik dari luar negara. 


Walaupun mereka berkenalan dalam tempoh yang singkat iaitu dua minggu, pasangan itu akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin. 


Erayani sebelum itu sempat tinggal selama seminggu di rumah bakal isterinya di Jambi. Sepanjang tempoh itu, Erayani juga membantu merawat bakal mertuanya yang ketika itu sedang sakit. 


Ahnaf kemudian mengajak Mawar berkahwin dan hasrat mereka itu mendapat restu daripada ibu bapa Mawar dan keluarga angkat Ahnaf. 


Pasangan itu dinikahkan oleh wali hakim, memandangkan bapa Mawar berada dalam keadaan tidak sihat. Malah, keadaan ibunya juga tidak begitu mengizinkan. 


Selama beberapa bulan berkahwin, Mawar selalu bertanya mengenai asal usul 'suaminya', tetapi Ahnaf langsung tidak pernah menjawab pertanyaan itu. Apatah lagi, Mawar tidak pernah dibawa berjumpa dengan keluarga mertuanya dan hanya pernah bertemu dengan ibu bapa angkat 'suaminya'. 


Empat bulan kemudian, ibu kepada Mawar mula berasa curiga kerana Ahnaf tidak pernah membuka baju di depan orang. Selama tempoh itu juga, Mawar mengakui dia belum pernah melihat kemaluan 'suaminya' itu. 


Tetapi Ahnaf memberikan alasan bahawa dia memiliki hormon berlainan sehingga menampakkan benjolan di bahagian dada (yang sebenarnya adalah payudara). 


Bagaimanapun, rahsia Ahnaf mula terbongkar selepas ibu Mawar memaksa menantunya membuktikan jantinanya. Akhirnya, ibu Mawar membuat laporan kepada pihak berkuasa. 


Sumber: Detik News, Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close