Foto Harian Metro |
Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika ini dilaporkan ramai penyokong Bangladesh yang dijadualkan menentang skuad Harimau Malaya pada aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia.
Beberapa premis seperti restoran, kedai gunting rambut dan pencetakan di Lembah Klang dikatakan terpaksa ditutup lebih awal kerana ramai pekerja warga Bangladesh hadir ke SNBJ untuk memberi sokongan kepada Bangladesh.
Muhammad Munna, 27, berkata, dia sanggup bekerja separuh hari kerana mahu turun memberi sokongan kepada skuad negaranya.
"Saya kerja di kedai pencetakan dan hari ini hanya kerja separuh hari. Saya nak sokong negara saya dan rasa Bangladesh akan menang 1-0," katanya dengan penuh keyakinan.
Rakannya, Anamul Islam, 29, pula berkata, dia sanggup mengambil cuti hari ini walaupun dia sepatutnya bekerja kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat pasukan negaranya bermain di Malaysia.
Skuad Harimau Malaya kini dalam misi untuk melaykkan diri ke Piala Asia dan akan meraih tiket ke pusingan akhir itu tahun hadapan sekiranya berjaya menewaskan Bangladesh.
Menurut rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit adalah pada tahun 1980 dan menjadi tuan rumah pada 2007.
Sumber: Harian Metro, Kosmo
0 comments:
Post a Comment