'Kerajaan takkan biarkan rakyat ikat perut' - Ismail Sabri

loading...



Perdana Menteri Ismail Sabri memberi jaminan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya tidak akan membiarkan rakyat mengikat perut dalam menghadapi isu kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang sedang melanda negara ketika ini. 


Ismail berkata, kerajaan akan mencari jalan untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan kenaikan harga barang sambil mengatakan kerajaannya bukanlah seperti kerajaan dulu yang meminta rakyat mengikat perut. 


"Kerajaan dulu, dia kata bila harga naik, rakyat hendaklah ikat perut. Itu dulu, tapi kita tak kata macam tu. Kita akan mencari kaedah supaya rakyat tidak terbeban termasuk mengekalkan subsidi barangan asas termasuk petrol dan diesel," katanya yang membidas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan tidak mengambil tindakan dalam menangani isu tersebut. 


Beliau menegaskan, kerajaan sedar akan kenaikan beberapa harga barang, malah beliau sendiri turut membuat tinjauan mengejut ke beberapa premis perniagaan untuk melihat sendiri harga barangan yang dijual. 


Jelas Ismail, tahun ini kerajaan telah memperuntukkan lebih RM70 bilion subsidi untuk barangan asas dan tiada subsidi yang ditamatkan.


"Kita (beri) subsidi makanan dan harga ayam sebanyak RM700 juta untuk memastikan harga kekal RM8.90, minyak masak RM4 bilion supaya harga minyak pek RM2.50 kalau tak RM9.50 sekampit (untuk) sekilogram," katanya yang juga meminta rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang. 


Terdahulu, beberapa pemimpin kerajaan dan pengarah jabatan negeri pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu kenaikan harga barang yang menarik perhatian rakyat di mana mereka menganggap kenyataan yang dikeluarkan itu seperti tidak bertanggungjawab. 


31 Mei lalu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Perak menyarankan rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini. 


"Sayur-sayuran boleh ditanam, manakala kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak untuk kegunaan sendiri serta boleh dijual sekiranya bekalan itu berlebihan. 


Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar pula menyarankan orang ramai khususnya rakyat Melaka mengurangkan pengambilan telur. 


"Kita sebagai pengguna kalau dah tahu kenaikan harga telur itu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur. Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah, itu adalah cara gaya hidup kita," katanya. 


Kenyataan-kenyataan yang seperti itu dianggap seolah-olah melepaskan tanggungjawab dan tidak membawa erti kepada rakyat. 


Sumber: Harian Metro, Astro Awani, Malaysia Dateline

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close