Ditambah pula dengan ucapan bekas isteri, menimbulkan lagi pelbagai spekulasi di kalangan netizen. Ada segelintir berkata, mereka mendapat maklumat dari si polan yang belum diketahui sama ada dakwaan itu sahih, namun sudah bertindak menyebarkannya kepada umum.
Hal itu sedikit sebanyak telah mengguris perasaan pasangan berkenaan dan keluarga mereka. Bimbang keadaan menjadi semakin tidak terkawal, Datin Ernie tampil memuat naik kenyataan ringkas melalui Facebook Story, untuk memberi amaran kepada orang ramai.
"Tolong hormat gambar dan privacy saya. Saya akan ambil tindakan yang wajar jika gambar saya disalahgunakan. Termasuk segala fitnah yang disebarkan," katanya.
"Jangan dengar satu side je then terus judge. Dengar dua-dua side then judge. Saya malas nak ulas banyak, nanti terbongkar semua. Tapi jangan melebih.
"Benda dah cerai dua kali. Time tu saya tak wujud pun dalam hidup dia. Then salah siapa? Muhasabah diri. Hormat mertua kalau nak hidup berkat. Bukan halau suami keluar rumah sampai suami sanggup balik dari Kedah ke Kuala Lumpur naik Grab," katanya.
"DDNK itu abang sulung saya. Nak tahu cerita sebenar, biarlah adil dari kedua-dua belah pihak. Banyaknya fitnah, jangan buat dosa ya kawan-kawan. Kesian mak abah saya yang dianiaya selama ini.
"Bertahun-tahun keluarga kami simpan aib keluarga. Tapi ada orang itu baru beberapa hari pun dah gagal. Pesan saya jangan sampai makan diri," katanya.
Dr Nadirah juga menasihatkan orang ramai tidak berlebihan dalam memberikan pandangan sehingga sanggup memfitnah abangnya.
"Orang lain yang kahwin, orang lain pula yang panas. Macam-macam isu cerita direka macam pernah tinggal serumah. Fitnah akhir zaman. Banyak betul saham dosa ya? Jaga pasangan masing-masing sudah," katanya.
Sumber: FB Ernie Rosemerie, Dr Nadirah Adam
0 comments:
Post a Comment