Dah Cuba Mcm2 Cara Nak Kurus Tp Masih X Berjaya. Ini Sbb Anda Lupa 5 Perkara Ini …

loading...

Dah Cuba Mcm2 Cara Nak Kurus Tp Masih X Berjaya. Ini Sbb Anda Lupa 5 Perkara Ini …| Semua cara nak kurus dah anda buat, tak makan makanan ringan, selalu bersenam… tapi jarum dekat penimbang nampak susah sangat nak turun, macam dah tepu sangat lemak dalam badan tu. Sebenarnya ramai tak sedar beberapa tabiat pagi yang biasa anda buat menghalang penurunan berat badan. Ketahui lima tabiat yang beri kesan pada berat badan anda:

1. Terlebih tidur

Kalau tak cukup tidur, badan anda akan menghasilkan hormon yang boleh menyebabkan tekanan sekaligus meningkatkan selera makan anda. Namun begitu, terlebih tidur juga tak baik untuk anda. Menurut satu kajian, tidur yang melebihi 10 jam pada waktu malam boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Patutlah doktor pun hanya sarankan kita tidur tujuh hingga sembilan jam sahaja setiap hari.

2. Tak kemas tempat tidur

Dengar macam kelakar, tapi itu kenyataannya. Sebuah kajian yang dijalankan oleh US National Sleep Foundation menunjukkan orang yang mengemas katilnya setiap pagi akan tidur dengan lebih nyenyak. Tidur yang sihat dan cukup adalah cara paling berkesan untuk mendapatkan berat badan ideal.

3. Lupa timbang berat setiap hari

Menimbang berat setiap hari terbukti salah satu cara untuk menurunkan berat badan. Waktu terbaik untuk tahu berat anda tentulah selepas bangun tidur semasa perut masih kosong. Memandangkan anda kehilangan banyak air pada waktu malam, pasti jarum penimbang memberikan angka berat yang anda idamkan.

4. Makan sikit sangat ketika sarapan

Anda mesti pernah dengar kenyataan “ Breakfast like a king” kan? Jadi nikmatilah sarapan anda dengan mewah. Sarapan yang seimbang memerlukan 600 kalori yang boleh anda dapati daripada protein, karbohidrat dan juga sedikit pencuci mulut.

5. Buka tingkap seawal pagi

Bangun sahaja dari tidur jangan lupa untuk selak langsir dan buka tingkap bilik anda. Cahaya matahari pagi boleh meningkatkan kadar metabolisma badan anda selain membuatkan anda lebih segar. 20 hingga 30 minit sehari terdedah kepadanya sudah cukup untuk beri kesan pada berat badan anda.

Sumber: Mingguan Wanita

The post Dah Cuba Mcm2 Cara Nak Kurus Tp Masih X Berjaya. Ini Sbb Anda Lupa 5 Perkara Ini … appeared first on SIAKAP KELL.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close