loading...
KUALA KUBU BARU, SELANGOR - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui digantung di tingkap rumah di Bandar Utama Batang Kali, hari ini, lapor Harian Metro.
Bayi lelaki itu ditemui oleh penghuni rumah terbabit, remaja perempuan berusia 19 tahun selepas terdengar tangisannya pada jam 7.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan dibalut dengan tudung hitam dan masih bertali pusat sebelum dibersihkan," katanya.
Tempat bayi berkenaan digantung sebelum ibunya melarikan diri | Foto - Netizen |
Bayi yang dipercayai warga tempatan itu kini di bawah jagaan pihak hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - The Reporter
0 comments:
Post a Comment