Pantang Larang Bagi Menghadapi Wanita Yang Datang Bulan. Lelaki WAJIB Tahu !!!| Haid atau datang bulan, wanita cenderung mengalami perubahan hormon yang mempengaruhi kestabilan emosi. Sebab itu, mereka mudah emosi terutama ketika merasakan sakit di perutnya. Jika kekasih sedang haid, apa pun yang anda lakukan akan selalu sentiasa salah. Untuk tidak memburukkan lagi keadaan, elakkan beberapa perkara di bawah ini seperti dipetik dari Lifetippr.
Apa pun yang berlaku, dia akan selalu rasa benar dan anda akan sentiasa salah. Demi keadaan yang lebih baik, jangan mengejek atau bermain-main dengannya. Tapi jangan pula tinggalkan dia sendirian kerana anda akan dianggap sebagai lelaki yang tidak mahu memahami.
Jika salah, minta maaf
Jika tanpa sengaja anda berbuat salah, minta maaf padanya. Mungkin anda tidak sepenuhnya salah. Tapi dalam keadaan seperti ini, sebaiknya anda mengalah untuk membuatnya tenang dan tidak semakin buruk.
Jangan katakan dia kelihatan sakit
Jangan kata dia kelihatan lemas, sakit, atau serabut walaupun kelihatannya demikian. Dia yang biasanya selalu senyum boleh berubah menjadi sebaliknya. Jangan katakan perkara itu padanya ketika dia mengalami perubahan hormon, kerana hanya akan membuat anda seperti menggali lubang kubur sendiri.
Jangan ketawakan dirinya
Kesalahan terbesar adalah anda ketawa ketika dia sedang dalam haid. Walaupun biasanya dia suka gurauan anda, kali ini dia berubah tidak mempunyai selera humor walaupun pada perkara lucu sekalipun. Selain itu jika anda ketawa penampilannya, caranya berjalan, atau wajahnya yang kelihatan pucat. Jangan katakan itu!
Mengelak
Jangan menghindarinya ketika dia sedang dalam haid. Mungkin anda berfikir kehadiran anda membuat dia marah, tetapi menghindarinya adalah sebuah kesalahan besar. Bersikaplah sentiasa ada untuknya sekurang-kurangnya ketika dia rasa kesakitan pada perut atau rasa sedih tanpa sebab.
Mengkritik
Pada keadaan yang normal, mungkin dia akan diam atau bertindak balas tenang ketika anda mengkritiknya. Mengkritiknya ketika haid adalah pilihan yang buruk. Apabila anda mengkritiknya, dia akan menyerang dengan kritikan yang lebih pedas, malah boleh mengungkit kesalahan anda sebelumnya.
Sumber: Aliff Channel
The post Pantang Larang Bagi Menghadapi Wanita Yang Datang Bulan. Lelaki WAJIB Tahu !!! appeared first on SIAKAP KELL.
0 comments:
Post a Comment