loading...
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, 12 Februari lalu, Aldi Manata Sibarani, 10, dilanggar dan dibelasah bapanya, Mangasa Sibarani, sehingga mati di depan mata anak bongsunya, Andre Sibarani, 4.
Selepas kejadian itu, Andre diberi amaran agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa termasuk ibunya dan pihak polis.
Namun perbuatan si bapa terbongkar apabila ibunya mula tertanya-tanya di mana Aldi yang tidak muncul sejak jam 7.30 malam. Berdasarkan keterangan dan pertunjuk dari Andre, dia telah menunjukkan di mana mayat abangnya dibuang.
Dalam keterangan kepada pihak polis, meskipun sudah terlambat untuk menyesal, Mangasa mengaku membunuh anak lelakinya itu.
"Awalnya ini semua terjadi kerana saya cemburu dengan isteri saya. Isteri kerja di Medan, kebetulan sewaktu dia pulang ke kampung, kami berbincang untuk mencari jalan penyelesaian agar tidak berjauhan lagi kerana ia tidak baik untuk hubungan suami isteri. Selesai berbincang, akhirnya kami capai kata sepakat dan isteri terlebih dahulu mahu pergi ke Medan untuk mengambil barang-barangnya.
"Beberapa hari kemudian, isteri mahu pulang semula ke kampung dan dihantar oleh anak abang saya dari Medan ke Dolok Sanggul. Namun isterinya yang masih belum sampai menyebabkan saya berasa gelisah lalu saya menyuruh Aldi (mangsa) pergi membeli rokok di warung yang terletak agak jauh dari rumah.
"Setelah setengah jam, Aldi tidak muncul, saya pinjam kereta kawan dan pergi mencarinya bersama dengan anak bongsu saya, Andre, 4, di warung tersebut. Kata pemilik warung, Aldi sudah pulang," katanya.
Setelah dua jam, mangsa masih belum ditemui menyebabkan Mangasa terpaksa pulang dan mengembalikan kereta itu kepada rakannya. Dalam perjalanan pulang, Mangasa ternampak anaknya keluar dari semak, 2 meter dari mereka lalu dipecut kereta secara mendadak dan secara tidak sengaja terlanggar mangsa.
Mangsa kemudian dihentak bapanya beberapa kali di bahagian bampar belakang sehingga terjatuh dan dipijak-pijak badannya sebelum dimasukkan ke dalam kereta. Mangasa sempat menyalakan sebatang rokok selepas kejadian itu.
Mangasa kini disiasat kerana membunuh dengan sengaja dan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun.
Ketika ini, Andre dan ibunya di bawah perlindungan pihak kebajikan. Berikutan kejadian itu juga, Andre mengalami tekanan dan depresi. - The Reporter
0 comments:
Post a Comment