PELIK Keluar Rumah Setiap Pagi, Suatu Hari Tuannya Ikut, Rupanya Itu Yg Dilakukan Anjing Tiap Pagi, Sedihnya… | SIAKAP KELL – Setiap pagi apabila Ali Ilhan pergi bekerja dia akan membiarkan anjing kecilnya, Cesur berjalan-jalan di luar, tidak hanya akan mengurungnya di rumah.
Cesur selalunya dapat pulang ke rumah dengan selamat, jadi Ali tidak terlalu risau jika dia membiarkan anjingnya ke luar rumah.
Tetapi pada suatu hari, memandangkan dia tidak begitu sibuk dan terburu-buru seperti biasa, Ali akhirnya dapat meluangkan masa untuk Cesur. Dia kemudian mengikuti langkah anjing kecilnya, ke mana sahaja dia pergi.
Apabila Ali menyedari lokasi yang dituju oleh Cesur, hatinya mula tersentuh…
Rupa-rupanya Cesur telah membawa Ali menuju ke sebuah tanah perkuburan di mana ayah Ali dimakamkan di situ.
Selama dua tahun lalu, anjing kecil itu merupakan sahabat yang sangat baik dan setia buat Mehmet Ilhan, 79 tahun.
Tetapi ketika Mehmet dimasukkan ke hospital, Cesur mula bersedih hati…
“Kerana ayah saya lumpuh, mereka mempunyai hubungan yang berbeza,” kata Ali kepada The Dodo. “Apabila ayah saya berada di hospital pada hari-hari terakhirnya, Cesur mula hilang selera makan.
Mehmet kemudian meninggal dunia pada bulan Januari.
Apabila mayatnya dibawa pulang, Cesur duduk di sisi Mehmet, tidak mahu berganjak dari situ. Sebaik sahaja keranda itu diusung ke tanah perkuburan.
Cesur juga tidak ketinggalan mengikuti langkah orang ramai. Dia dengan penuh semangat menyertai perarakan pengebumian tersebut.
Semasa pengkebumian, Cesur duduk di kaki keranda, kepalanya tunduk, kelihatan sepi sepanjang upacara pengebumian.
“Tiada siapa yang boleh menyentuhnya sehingga bapa saya dibawa ke kubur dan dikebumikan,” kata Ali.
Apabila Ali menemui hari selepas pengebumian, Cesur masih berkabung untuk Mehmet.
“Orang-orang yang bekerja di tanah perkuburan berkata perkara pertama yang dilakukan Cesur pada waktu pagi ialah melawat makam ayah saya,” kata Ali.
Ali tidak pasti berapa lama anjing kecil itu akan merasa kesedihan atas pemergian Mehmet, tetapi walau apa pun yang terjadi dia berjanji akan menjaga anjing itu dengan baik.
“Cesur adalah haiwan mulia,” kata Ali. “Kini, dia akan hidup bersama saya.”
Kredit gambar| Facebook | Ali Ilhan.
Kredit : Era Baru
The post PELIK Keluar Rumah Setiap Pagi, Suatu Hari Tuannya Ikut, Rupanya Itu Yg Dilakukan Anjing Tiap Pagi, Sedihnya… appeared first on SIAKAP KELL.
0 comments:
Post a Comment