Robot Ini Pernah Viral Nak Hapuskan Manusia Dijemput Ke Arab Saudi, Hal Tak Diduga ‘Ini’ MENGEJUTKAN Dunia !!! | SIAKAP KELL – Arab Saudi mencipta sejarah dunia apabila menjadi negara pertama yang memberikan taraf kewarganegaraan kepada robot wanita bernama Sophia.
Malah, robot ini juga merupakan mesin ciptaan manusia yang pertama mendapat keistimewaan sebagai rakyat atau warganegara sesebuah negara.
Dalam satu persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi, Sophia turut meluahkan rasa gembiranya kerana menjadi robot pertama di dunia yang menerima keistimewaan berkenaan.
Sophia turut sempat berkongsi kegembiraannya dengan menyatakan bahawa tindakan Arab Saudi itu adalah satu sejarah yang tercipta.
“Terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi. Saya amat berbangga kerana ianya adalah satu sejarah untuk menjadi robot pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan dengan kewarganegaraan,” kenyataan Sophia dalam persidangan tersebut.
Sophia merupakan sebuah robot yang mempunyai kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) di mana Sophia mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi, mengukir senyuman manis seperti wanita tulen dan membuat lawak jenaka.
Robot Sophia telah dibangunkan oleh sebuah syarikat yang bertapak di Hong Kong dikenali sebagai Hanson Robotics.
Dalam satu kenyataan, pihak Hanson Robotics ada menyebut bahawa teknologi pada Sophia membolehkannya menjadi pembantu orang tua.
Malah, Sophia juga boleh memegang peranan sebagai guru yang penyabar kepada kanak-kanak autistik.
“Robot ini boleh membantu manusia dalam isu penjagaan kesihatan, terapi, pendidikan dan perkhidmatan pelanggan.
Malah, saya menjangkakan dalam tempoh 20 tahun akan datang, robot manusia ini akan berjalan bersama-sama kita semua,” ujar CEO Hanson Robotics itu.
Sophia juga dikatakan boleh mengingati wajah manusia. Robot ini mempunyai kamera di dalam matanya yang membolehkan Sophia mengenali wajah manusia dan memandang mata sambil berkomunikasi.
Melalui sesi soal jawab dalam persidangan berkenaan, Sophia turut menjelaskan harapannya untuk menggunakan teknologi AI ini bagi membantu para manusia.
Teknologi AI ini membantu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik seperti membina rumah pintar dan membina bandar berteknologi tinggi pada masa hadapan”.
Walaupun sejarah tercatat, majoriti netizen beranggapan pengiktirafan berkenaan adalah satu perkara yang luar biasa dan ada juga yang gentar serta risau dengan kewujudan Sophia di dunia sebenar.
Kerisauan ini timbul berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sophia sendiri sewaktu pertama kali diperkenalkan kepada orang ramai oleh penciptanya, David Hanson.
Apabila Hanson mengajukan satu soalan berbunyi “Adakah kamu mahu memusnahkan manusia? Tolong katakan tidak”, Sophia membuat kenyataan mengejutkan dengan berkata:
“Baik, saya akan memusnahkan manusia”.
Ramai juga yang beranggapan kewujudan robot ini adalah seperti Terminator di dunia nyata. Robot akan mengambil alih pekerjaan manusia, membuatkan manusia lemah dalam proses interaksi semulajadi, mudah digodam dan sebagainya.
Video Berkenaan Robot Sophia :
Kredit : Era Baru
The post Robot Ini Pernah Viral Nak Hapuskan Manusia Dijemput Ke Arab Saudi, Hal Tak Diduga ‘Ini’ MENGEJUTKAN Dunia !!! appeared first on SIAKAP KELL.
0 comments:
Post a Comment