Tiba² Lumpuh, Suaminya ‘Tidak Peduli’ Kepadanya. Setelah Sembuh & Kembali Ke Rumah, Dia Dapati Hal Yg Membuat Air Matanya Menitis Deras !!! | SIAKAP KELL – Seorang suami ini terlalu baik terhadap isterinya. Dia selalu menjaga dan tidak akan membiarkan isterinya melakukan kerja rumah.
Sehinggakan bab memasak, mencuci baju, mengemas, si suami ini yang melakukannya dengan lebih baik dan lebih cepat daripada isterinya itu. Segala kehendak isteri pasti dibelikan.
Isterinya ini lembut dan menawan. Kebahagiaan terpancar di wajahnya dan dia berharap keadaan seperti ini sampai dia tua. Wanita ini terus bergantung pada suaminya.
Tiba-tiba suatu insiden terjadi, semalaman dia berada di depan komputer utnuk bekerja. Namun pagi itu, dia bangun, lalu dia merasa pening dan semuanya menjadi gelap.
Ketika dia tersedar semula, dia sudah berada di hospital, dengan suami yang menemaninya di katilnya.
Ketika itu dia merasa ada yang tidak kena, dia merasakan ini lebih menakutkan dibandingkan jika jatuh pengsan.
Tangan kanannya tidak mampu digerakkan! Dia pun bingung dan ketakutan. Kemudian dia mencuba untuk menggerakkan kaki kanannya, hasilnya kaki itu turut tidak merasa apa-apa! Dia dimaklumkan bahawa ada beberapa organ tubuhnya tidak berfungsi.
Pekerjaannya di pejabat membuatnya terlalu penat dan terjadi pendarahan di otak. Dia menyangka ini terjadi kerana dia sudah tua, sepatutnya orang yang berumur 70-80 tahun baru boleh mengalami perkara seperti ini.
Sedangkan dia baru berumur 39 tahun! Dia menjadi murung dan termenung memikirkan kehidupannya kelak, tidak mampu bekerja, tidak mampu membawa anaknya berjalan-jalan ke taman, tidak mampu lagi jalan bergandingan tangan dengan suami.
Hidup dalam situasi berbaring di tempat tidur untuk berapa lama? Sepuluh tahun? Dua puluh tahun? Dia tidak berani memikirkannya, semua hal yang indah dulu ada di fikirannya, sekarang hilang begitu saja.
Suaminya terus memberi sokongan padanya, pihak hospital juga memberikan rawatan rehabilitasi. 40 hari berlalu, 2 bulan berlalu, akhirnya organ tubuhnya mula memberi respon, kaki dan tangannya mampu dirasakan ada pergerakan.
Dia juga sudah mampu melakukan beberapa aktiviti sederhana. Tetapi, belum ada perubahan yang drastik, apabila dia cuba untuk berdiri masih tetap saja tidak mampu.
Dia tidak mampu memakai pakaian sendiri, ketika makan tidak mampu memegang sudu sendiri, dan dia juga tidak mampu ke tanda sendiri.
Jika tidak ada yang membantunya, maka dia cuma duduk terdiam disitu, tidak melakukan apa-apa. Oleh kerana itu, dia mula merasa tertekan dan tidak yakin mampu kembali hidup seperti normal.
Dia mula merasakan dirinya itu sudah mencapai tahap penyembuhan yang terakhir dan tidak akan ada kemajuan lagi.
Ketika itu juga, dia melihat perubahan pada suaminya. Dulu, ketika dia haus, suaminya itu akan mengambilkan straw dan membantu agar dia boleh minum.
Ketika dia ingin makan, cuma dilihat makanan yang ada, maka suaminya akan bertanya: “Nak buah epal? Sini biar abang kupaskan”. Ketika dia ingin pergi ke tandas, suaminya itu akan menggendongnya.
Tapi sekarang, ketika suami menemaninya, suaminya itu lebih fokus dengan membaca buku menyendiri, atau menyembang dengan anggota keluarga yang lain, dan hanya melihat dirinya beberapa kali.
Yang parahnya lagi, sudah pukul 7 malam tetapi suaminya belum datang untuk menghantar makan malam. Dia sudah begitu lapar sejak siang hari.
Kemudian dia melihat ada kuih dari teman sekerjanya dulu, di sebelah tempat tidurnya. Dengan usaha keras, dia ingin meraihnya, tetapi tangannya itu masih kaku dan susah digerakkan.
Dalam masa yang sama, dia tiba-tiba mulai berfikir perkara yang aneh-aneh:
Adakah suaminya akan terus bersamanya? Sudah 4 bulan begini, lelaki mana yang tahan? Perkara apa yang boleh membuat suaminya mengingatkan dirinya.
Selain tubuhnya yang sudah tidak sempurna ini? Dia adalah lelaki yang tampan, adakah dia mahu menghabiskan waktu usianya bersama wanita yang lumpuh?
Tiba-tiba suaminya itu datang dengan membawa sebekas sup, isterinya ini pun terus menampar suaminya. Insiden ini membuatkan sup yang dibawa itu tumpah ke lantai.
Suaminya tidak seperti kebiasaanya yang dulu mampu untuk menenangkan dirinya, tapi dia mengerutkan kening dan berkata: “Kamu mahu makan atau tak?!” Wanita ini pun tersentak terkejut.
Setelah berlalu beberapa saat, si isteri ingin pergi ke tandas, kerana dia masih merasa kesal dengan suaminya, jadi dia tidak memanggilnya untuk minta pertolongan.
Dia pun menggunakan tangan kirinya untuk menyanggah untuk bagun dari tempat tidur, dan berusaha berjalan dengan kaki kirinya, tetapi dia tidak berhasil.
Suaminya itu pura-pura tidak melihat dan masih sibuk menggunakan handfonnya. Si isteri ini melihat suaminya tidak endah, membuatnya semakin marah.
Dia menggunakan sepenuh tenaganya untuk berjalan sambil terhuyung-hayung. Ketika itu, barulah si suami menghampirinya dan memberikan tongkat.
Dia kemudian memegang tongkat itu dan segera ke tandas. Ketika itu dia melihat dirinya di cermin, dia merasa sekarang dia tidak terurus, tidak ada lagi yang menarik pada dirinya.
Dia merasa semakin lama suaminya itu semakin keterlaluan. Ketika sedang membantunya berjalan di koridor hospital,
Suaminya itu dengan suara nyaring berkata: “Tidak bolehkah kamu berjalan lebih cepat? kenapa terus menarikku? Bukannya kamu hendak ke tandas, cepat la ke sana. Kalau tidak cepat, nanti aku tidak mahu mencuci seluarmu…”
Wanita itu pun menjadi malu dan hanya mampu untuk menundukkan kepalanya. Dari kecil hingga besar, tidak pernah dia ditengking orang sampai begini?
Sejak menikah dengan suaminya, suaminya tidak pernah sebaran ini dan selalu berkata dengan lembut kepadanya. Suaminya ini menjadi acuh tak acuh, mengharap si isteri tidak lagi bergantung padanya.
Walaupun si isteri ini kelihatan lemah, tetapi dia mulai tidak berharap pertolongan orang lagi. Jika suaminya belum datang menghantar makanan, dia mampu makan makanan sisa makan siang hari yang masih ada.
Dia juga begitu bersemangat untuk berusaha, jika suaminya tidak mahu membantunya memakai baju, dia rela menghabiskan waktu 1 jam hanya untuk mengantikan baju.
Tidak tahu sudah berapa peluh yang menitik, tidak tahu berapa banyak air mata yang menitis, perlahan-lahan tetapi apa yang pasti, penyakitnya itu mulai pulih.
Tangan dan kakinya beransur-ansur pulih dan mulai kelihatan sinar harapan dalam hidupnya. Dan dia mula terbiasa dengan perubahan suaminya itu.
Suaminya itu sekarang selalu susah datang ke hospital, perangai suami yang mulai tidak mempedulikannya. Selain itu dia sudah bersedia jika ada kata “perceraian” keluar dari mulut suaminya.
Wanita ini akhirnya sembuh, hinggakan para doktor pun sukar mempercayai perkara ini akan terjadi. Selain kaki kanan yang masih agak kaku, tetapi anggota tubuhnya yang lain sudah hampir kembali seperti dulu.
Si doktor pun berkata kepadanya bahawa ini adalah suatu keajaiban, ucapan itu membuat wanita itu menangis dan tersenyum kerana merasa terlalu gembira.
Tiba hari dia keluar dari hospital, suami datang menjemputnya, tidak ada kata-kata yang terucap hingga mereka sampai di depan rumah.
Suaminya menyuruh isterinya itu menutup mata. Wanita ini pun merasa berdebar, adakah ini masih seperti rumahnya dulu? Dia pun mempersiapkan hatinya dan mengambil nafas.
“Sayang, bukalah matamu.” kata suaminya dengan suara lembut. Wanita itu membuka matanya dengan penuh keraguan, dan dia terkejut dengan apa yang dilihatnya, rumahnya dihiasi dengan bunga mawar!
Meja makan juga sudah disiapkan sedemikian rupa, dengan makanan kegemarannya. Wanita itu pun berkata: “Ada apa? Makan malam terakhir bersamaku?”
Suaminya menjawab: “Sayang, kamu tahu berapa lama aku menunggumu untuk kamu mampu berjalan lagi? Kamu tahu seberapa sedih aku melihatmu lumpuh?
Apakah kamu tahu ketika aku memarahimu, seberapa sakit hatiku? Jika tidak begitu, maka kamu tidak akan mencuba sedaya upaya untuk sembuh dan berjalan lagi, kerana kamu pasti akan terus bergantung padaku.”
Mereka pun berpelukan dan ternyata pemikiran wanita ini tentang suaminya selama ini semuanya tidak benar.
Di tahun berikutnya, wanita ini sudah mampu untuk bekerja lagi. Walaupun dia sedikit tua, tetapi wajahnya masih tetap mempersona dan menarik. Hidupnya juga menjadi lebih bahagia dari sebelumnya.
Kadang-kadang cinta itu tidak selalu manis, dan terkadang ada cinta yang kejam, tetapi itulah yang memberikan erti yang sebenarnya dari cinta. Bagaimana pula menurut anda pembaca tentang artikel ini? Jom kongsikan pada teman-temanmu!
Sumber : happy
The post Tiba² Lumpuh, Suaminya ‘Tidak Peduli’ Kepadanya. Setelah Sembuh & Kembali Ke Rumah, Dia Dapati Hal Yg Membuat Air Matanya Menitis Deras !!! appeared first on SIAKAP KELL.
0 comments:
Post a Comment