'Saya janji saya akan puaskan akak' - Buruh hantar mesej tak senonoh kepada janda ditahan

loading...

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mengganggu seorang janda dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita itu di Kampung Bakong, Lambor Kiri, Bota, Perak, lapor Astro Awani

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, buruh kampung berusia 32 tahun itu telah menghantar surat dan CD lucah ke rumah mangsa berusia 52 tahun berkenaan.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang ibu tunggal dan tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu. 

Kesemua barangan itu diletakkan di dalam sampul berwarna putih dan diselitkan di bawah pintu rumah mangsa. 

"Mangsa hanya menyedari bungkusan itu ketika dia membuka pintu rumahnya sekitar jam 7.15 pagi. Suspek telah mengumpannya dengan CD dan tulisan lucah yang dihantarnya dalam sampul ke rumah mangsa dengan tujuan mengajak wanita itu melakukan hubungan seks dengannya. 



"Dalam surat yang dihantar itu juga, suspek memberitahu dia mahu datang ke rumah mangsa pada jam 12 malam," katanya. 

Bertindak di atas laporan polis yang dibuat mangsa, polis telah berjaya menahan suspek dan ujian urin yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Kita akan menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan," katanya. 
Share on Google Plus

1 comments:

  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close