Wanita Keluar Kata Kesat. Ini Respon Mufti N.Sembilan Buat Ramai SETUJU

loading...

Wanita Keluar Kata Kesat. Ini Respon Mufti N.Sembilan Buat Ramai SETUJU | Saya Luv Islam – Baru-baru ni Mufti Perak keluarkan fatwa haram berkabung untuk orang bukan islam yang bunuh diri. Ekoran itu, seorang wanita keluar kata kesat terhadap Mufti Perak dan terkini ini respon Mufti Negeri Sembilan pula.

RESPON MUFTI NEGERI SEMBILAN

“Mudah-mudahan ALLAH beri hidayah pada dia,” ujar Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad secara spontan.

Reaksi itu diberikan beliau terhadap perlakuan seorang wanita Muslim yang dipercayai menghamburkan kata-kata kesat kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menerusi laman sosial Twitter sehingga menjadi tular.

Difahamkan, wanita itu berang kerana ulama terbabit menegur perbuatan umat Islam yang turut berkabung dengan lilin ketika memperingati kematian artis K-Pop, Kim Jong-hyun pada Jumaat lalu di ibu negara.

Berdasarkan penjelasan Harussani sebelum ini, haram hukumnya bagi umat Islam berbuat sebegitu apatah lagi si mati bukan Muslim dan telah membunuh diri.

JANGAN REMEHKAN TUNTUTAN AGAMA

“Barangkali dia ingat (bab tuntutan) agama ini sekadar hanya pakai tudung, tutup aurat, sembahyang dan puasa. Tapi sebenarnya lebih dari itu.

“Tambahan pula, ada orang yang berkecimpung dalam bidang agama sendiri cuba menyeleweng (dari ajaran Islam) dan mempengaruhi mereka,” katanya.

Akibat faktor tersebut, kata beliau, menyebabkan agama Islam dipandang enteng oleh segelintir pihak.

“Kita mesti mendalami betul-betul hal berkaitan agama. Tidak boleh hanya dengar-dengar daripada orang berceramah macam itu saja.

“Kadang-kadang ceramah itu mengelirukan, sehingga menjadikan mereka semakin jauh daripada apa yang sepatutnya diketahui,” katanya.

TIADA MASALAH BERI HORMAT

Menurut Mohd Yusof, tiada masalah untuk menghadiri majlis pengebumian bukan Muslim, asalkan tidak ikut sekali melakukan upacara yang bertentangan dengan hukum Islam.

Selain itu, beliau turut menggesa golongan bijak pandai agama supaya sama-sama memberi teguran kepada remaja yang menyimpang jauh dari ajaran Islam.

“Jangan hanya sibuk dengan isu bidaah dan benda remeh. Sedangkan perkara berkaitan akidah pula, masing-masing buat tidak tahu saja.

“Semua pihak kena beri perhatian. Bukan hanya ahli agama, tapi orang yang berpengaruh dalam pemerintahan pun perlu juga beri teguran.

HUKUM MUFTI PERAK

Menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis atau selebriti dengan aktiviti membawa belon dan lilin jelas merupakan perbuatan haram kepada orang Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ia juga budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.

“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?

“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Harussani mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan SHINee, Jong-hyun yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa itu dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri.

Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan juga belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi kumpulan SHInee itu.

Dalam pada itu tegas Harussani, ada pelbagai lagi aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan berbanding meratapi pemergian artis yang mati kerana bunuh diri.

Pada Ogos lepas, Harussani dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, beberapa pengguna Twitter turut memberi pandangan masing-masing berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kenyataan penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang memberitahu ramai pengguna Twitter menyatakan kesedihan mereka kerana kematian Jonghyun dan pada masa sama pihak yang satu lagi mempertikaikan kesedihan itu kerana bukan ditujukan kepada kanak-kanak Palestin.

Bagi Caprice, tidak ada salahnya seseorang manusia melalui fasa kesedihan dan turut berdukacita kerana kehilangan orang yang mereka sayangi, walaupun si mati itu bukan Muslim.

Malah katanya, adalah bukan sikap Islam untuk membanding-bandingkan kematian kerana ia tetap menyebabkan kesedihan.

Jonghyun ditemukan tidak sedarkan diri oleh kakaknya beliau di kediamannya di Chungdam, Seoul kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) 18 Disember lepas.

Artis itu dikejarkan ke hospital, tetapi akhirnya meninggal dunia.

Pihak polis mengesyaki insiden tersebut merupakan kes bunuh diri disebabkan laporan yang dibuat oleh kakak Jonghyun sendiri.

Sumber: Sinar Harian

The post Wanita Keluar Kata Kesat. Ini Respon Mufti N.Sembilan Buat Ramai SETUJU appeared first on SAYALUVISLAM.

Share on Google Plus

2 comments:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close