Pukul 5 Pagi MPV Ustaz Rosak. Datang Abg Motor Dan “SESUATU” Berlaku

loading...

Pukul 5 Pagi MPV Ustaz Rosak. Datang Abg Motor Dan “SESUATU” Berlaku | Saya Luv Islam – Dalam perjalanan ke airport, kereta seorang ustaz rosak. Ketika cuak tak tau siapa boleh tolong, datang abang motor dan “sesuatu” berlaku. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

TANGKI MINYAK MPV PECAH

Rahmat Allah. Pagi-pagi ini Allah takdirkan kereta saya, semasa di lorong kanan terlanggar ada besi tengah jalan di lebuhraya. Mungkin besi dari mana-mana kenderaan besar agaknya.. Tangki minyak pecah.

Saya terus berhenti. Syukur nampak minyak keluar lepas tu dah habis. Niat nak hantar mak ayah mertua ke KLIA tak kesampaian. Terima kaseh Al Faqir Azri Aziz sanggup secara mengejut datang pagi-pagi ini hantarkan mak ayah mertua ke klia. Syukur pada Allah.

Sedang duduk seorang diri di bawah jambatan pukul 5 pagi dah. Seorang abang naik motor berhenti. Dia tanya kenapa. Saya jawab Allah sayang. Dia beri rahmat tangki minyak mpv dah pecah.

Katanya, tadi saya laju juga di kanan. Tak perasan pula. Jawab saya, alhamdulillah saya yang langgar. Saya senyum dan kata padanya. Baik Allah. Sayang Allah. Saya tengah tunggu apa rahmat Allah nak beri. Yang pasti dosa diampunkan dengan musibah begini. Tapi saya dah baca doa keluar rumah. Dan solat 2 rakaat. Dia beri musibah kecil asbab elakkan kita dari musibah yang lagi besar.

ABANG MOTOR TIBA-TIBA MENANGIS

Abang tadi tiba-tiba sebak. Saya tanya kenapa. Jawabnya aku dah lama hilang percaya pada tuhan. Kau duduk tepi jalan kereta rosak tapi kau kata Allah baik. Kau puji Dia. Aku dah lama tak solat. Aku tak percaya Dia..

Saya jawab. Kenapa tak puji Dia. Siang malam Dia jaga saya. Saya bukan seorang diri di sini. Allah bersama saya. Macam mak ayah melihat anak dia belajar berjalan walau jatuh. Mak ayah bahagia lihat anaknya jatuh kerana anaknya sedang berusaha kuat. Sambil senyum dia tengok anak kecilnya. Allah Maha Penyayang. Sayang Allah jauh lebih dari ibu ayah sayang pada anaknya.

Saya tambah lagi. Abang tahu tak bila tengok abang datang tadi saya kata inilah jawapan kepada musibah saya hari ini. Allah sayang abang. Abang nampak orang susah tepi jalan abang sanggup berhenti dan duduk sini. Sedangkan abang dah nak pergi kerja. Allah takdirkan kereta saya rosak supaya dapat jumpa abang. Sebab Dia sayang abang. Dia nak suruh kita puji Dia tepi highway nie.

Sejak saya belajar kenal Allah saya bahagia. Rasa tenang..jaga solat awal waktu dekat diri pada Allah. Tak lama kita akan balik pada Dia..di mana pun kita. Siapa pun kita, tak lama kita akan balik pada Dia..

Abang tu menangis. Ya Allah dah lama saya tak solat. Semenjak isteri saya lari dengan orang lain. Ya Allah..Sebut Allah pun saya dah tak nak. Saya sebut tuhan jer.

Takper abang. Allah sayang abang. Dia maha pengampun. Dia Maha Baik. Dia tengah tengok kita sekarang.

Ya Allah jadikanlah kesusahan sikit-sikit ini jadi asbab hidayah buat semua. Pasti ilmu Al-Quran dan Hadis dan kehidupan para sahabah rhum memberi kesan bahagia yang hakiki. Ketenangan dan penyejuk mata.. Jika konsert lalai pun buat ramai orang terpengaruh. InsyaAllah saya yakin keluarga bawa sunnah pasti bahagia. Bercinta semula. Ya Allah yang ada masalah rumahtangga bantulah selesaikan dan berilah mereka bahagia sampai syurga.

Sumber : Saya Luv Islam via FB Ebit Lew

The post Pukul 5 Pagi MPV Ustaz Rosak. Datang Abg Motor Dan “SESUATU” Berlaku appeared first on SAYALUVISLAM.

Share on Google Plus

2 comments:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close