Hina Wanita Palestin Dalam Bas. Ini Komen Balas Hamas Buat Tokoh Politik Israel Tu CUAK | Saya Luv Islam – Video seorang tokoh politik Israel hina wanita Palestin dalam bas, “anak kamu anjing” viral di laman sosial. Terkini Hamas beri komen balas yang buat ahli politik Israel tu terus cuak… Ada video.
ASKAR KHAS BUAT AHLI POLITIK TERSEBUT
Parlimen Israel memutuskan untuk memberikan pasukan kawalan keselamatan kepada seorang wakil rakyat kontroversi selepas videonya menghina penduduk Palestin menjadi viral.
Tokoh parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Oren Hazan, bertindak demikian kelmarin selepas menaiki bas penduduk Palestin yang dibenarkan meninggalkan Semenanjung Gaza bagi melawat anggota keluarga mereka yang ditahan dalam penjara Israel.
HINAAN TERHADAP WANITA PALESTIN
“Anggota keluarga kamu sepatutnya ditanam,” katanya dalam rakaman itu, menuntut penumpang mengutuk ‘tindakan ganas’ terhadap Israel.
“Anak kamu anjing,” katanya kepada seorang wanita.
Hazan menggunakan tindakan itu bagi mengkritik dasar Israel memberi permit untuk lawatan seumpama itu ketika Hamas didakwa menahan tiga penduduk awam dan mayat dua anggota tentera Israel.
Seorang wanita dirakamkan menjawab: “Bercakap dengan Hamas untuk melawat anak kamu, bukan kami.”
KOMEN BALAS HAMAS
Rakaman kejadian itu menjadi tular di media sosial Palestin dan Israel, dan mendapat reaksi daripada jurucakap sayap bersenjata Hamas.
“Daripada menghantar si bodoh melakukan tindakan tidak matang ini, cuba selesaikan isu ini dengan berani dan tidak mengancam wanita,” kata Abu Obeida dalam kenyataan kepada pihak berkuasa Israel.
VIDEO HINA ISRAEL DALAM BAS
Sumber : Berita Harian
The post Hina Wanita Palestin Dalam Bas. Ini Komen Balas Hamas Buat Tokoh Politik Israel Tu CUAK appeared first on SAYALUVISLAM.
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
ReplyDeletemenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^