loading...
Video yang dimuat naik Floral-Mate pada 22 November lalu itu telah ditonton 1.7 juta kali dan dikongsi 18,227 pengguna Facebook.
Dengan tema baju merah jambu, kesemua mereka menari di depan pasangan pengantin, sambil disaksikan oleh para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Difahamkan, kesemuanya adalah saudara mara pasangan pengantin berkenaan, berdasarkan informasi yang dimaklumkan oleh pengendali masjlis itu di penghujung video.
Tidak melepaskan peluang, pengantin lelaki juga menunjukkan bakatnya menari sebelum mengajak pasangannya turut serta dalam kemeriahan itu.
Sementara itu di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan masing-masing. Tidak kurang juga ada netizen yang tidak bersetuju.
"Maaf cakaplah. Dalam Islam, di hari perkahwinan tak diajar pun perkara sebegini. Memanglah kita fikir ianya hari yang bahagia buat pengantin dan ianya sekadar suka-suka tetapi tak perlu pun rasanya nak buat macam ni. Kita nak kan majlis yang diberkati Allah, bukannya dimurkai Allah.
"Zaman sekarang kita mudah hanyat dan lali dalam arus kemodenan dunia sehingga kita lupa kehidupan yang kekal abadi di sana. Mungkin kita rasa sporting tetapi hakikatnya kita patut malu dengan Allah. Saya bukan ustaz, cuma nak memperingatkan sesama Muslim dan juga diri saya sendiri. Semoga mjalis hamba ini diberkati oleh Allah SWT." - tulis Anas Nasri.
"Jangan jadikan (aktiviti ini sebagai) trend ikutan (anak muda) akan datang sudahlah. Kita kan beragama Islam, buatlah cara Islam. Semoga majlis perkahwinan hamba ini diberkati. Amin." tulis Eernasosilawati Abu Bakar.
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||